Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Sarawak belum mempertimbangkan pelaksanaan operasi pembenihan awan bagi menangani jerebu, sebaliknya masih memantau perkembangan cuaca dalam tempoh dua hingga tiga hari akan datang.
Transcript
00:00Sarawak belum mempertimbangkan pelaksanaan operasi pembenihan awan bagi menangani jerebu.
00:05Sebaliknya, masih memantau perkembangan cuaca dalam tempoh 2 hingga 3 hari akan datang.
00:11Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Saleh berkata,
00:18pembenihan awan mungkin dilakukan jika bacaan indeks pencemaran udara IPU mencecah 500.
00:26Kalau pada setakat ini belum lagi, tapi kita melihat keadaan bagaimana ia akan berubah dalam masa minggu ini.
00:36Dan kalau kita lihat dari segi ramalan cuacanya lah, ada sedikit hujan dalam hari 2 itu.
00:42Kita membuat persiapan-persiapannya tertentu lah. Kita haraplah ia juga mencapai reading sampaikan 500.
00:49Kalau di Puntianak, reading sudah sampai 300.
00:52Jadi, rasa saya lah secara peribadi, I don't think it will reach the level lah.
00:58So far, terus seperti yang telah saya katakan tadi, dari segi ramalan cuacanya, kita akan ada hujan sedikit dalam 2
01:05-3 hari ini.
01:06Beliau berkata pihaknya turut memantau kemungkinan hujan berlaku di Kalimantan Barat yang dikenalpasti sebagai sumber jerebu ketika ini.
01:14Tambahnya, ketika ini, bacaan di kebanyakan kawasan masih di bawah 200 dengan pihaknya terus memantau keadaan setiap jam.
01:29Walaupun bacaan IPU di beberapa kawasan di Sarawak sudah pun berada pada tahap tidak sihat,
01:35namun NREB masih belum melihat keperluan untuk mengadakan operasi pembenihan awan ataupun cloud seeding.
01:42dan ia berikutan bacaan IPU di kebanyakan kawasan masih lagi berada di bawah 200 kecuali di Terbeduk Serian
01:50yang membawa kepada penutupan 6 buah sekolah di daerah berkenaan.
01:55Walaubagaimanapun, keadaan cuaca semasa dan juga bacaan IPU akan terus dipantau,
02:00termasuklah peluang hujan dalam masa tempoh terdekat.
02:03Dan dalam pada masa itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati
02:07dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah mengehadkan aktiviti di luar rumah
02:12selagi kualiti udara tidak pulih
02:15dan teruskan memantau IPU di kawasan masing-masing jika ia membawa kepada penutupan sekolah di kawasan anda.
02:21Sekian dahulu perkembangan jerbu Sarawak yang saya bawakan untuk petang rabu.
02:26Saya Fahliah Sulaiman bersama dengan jurukamera Jewel St. James dari Kuching, Sarawak.
Comments

Recommended