00:00Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung berkata, terdapat kritikan bahawa produk pelaburan leverage telah meningkatkan turun naik pasaran saham negara
00:08itu.
00:08Menurutnya, peserta pasaran menganggap isu berkaitan dasar yang mengawal produk perkenaan sebagai sesuatu yang serius dan langkah tambahan perlu dilaksanakan
00:18segera bagi menangani kebimbangan tersebut.
00:22Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kebimbangan semakin meningkat terhadap produk itu yang dikaitkan dengan saham tunggal berikutan turun naik ketara
00:31dalam pasaran ekuiti Korea Selatan.
00:34Pengkritik berpendapat, instrumen itu memperhebat perkerakan pasaran sekaligus memburukkan lagi tekanan jualan dan kenaikan harga saham.
00:41Korea Selatan memperkenalkan dana dagangan bursa ETF produk tersebut berasaskan saham tunggal yang kebanyakannya dikaitkan dengan pengeluar semikonduktor Samsung Electronics
00:52dan SK Hynix sebagai sebahagian daripada usaha menstabilkan nilai won Korea.
00:58Penganalisis berpandangan produk yang disenaraikan di Korea Selatan itu membantu mengurangkan tekanan penyusutan nilai won Korea berbanding dolar Amerika dengan
01:06menarik pelaburan daripada pelabur runcit tempatan.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments