00:00Kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Petaling Jaya pada Sabtu dipercayai berpunca daripada taburan hujan yang sangat lebat
00:08dalam tempoh singkat sehingga melebihi kapasiti sistem saliran sedia ada di beberapa lokasi.
00:13Exko Infrastruktur dan Pertanian Selangor Dato' Izham Hashim berkata penilaian awal mendapati faktor setempat turut dikenalpasti sebagai antara penyumbang kepada
00:24kejadian itu walaupun pelbagai inisiatif debatan banjir termasuk pembinaan terowong FAS telah dilaksanakan.
00:32Dalam makluman kepada Esro Awani, Izham menjelaskan keadaan diburukkan lagi beberapa faktor seperti penyempitan saluran, halangan aliran air dan peningkatan
00:42kawasan berturap yang telah menyebabkan kadar larian air pemukaan menjadi lebih tinggi.
00:48Ujarnya, Kerajaan Negeri menerusi Majlis Bandar Raya Petaling Jaya MBPJ dan agensi teknikal berkaitan sedang menjalankan sasatan terperinci untuk mengenalpasti
00:56punca khusus di setiap lokasi yang terjejas.
00:59Tambah Izham, hasil sasatan itu akan membolehkan langkah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dilaksanakan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang
01:09pada masa hadapan.
01:10Beliau berkata Kerajaan Negeri komited menambah baik mekanism pemantauan dan penyampaian maklumat kepada orang ramai selain telah mempunyai penyelesaian yang
01:18melibatkan MBPJ, Jabatan Pengairan dan Saliran JPS serta pemaju kawasan berkenaan.
01:24Izham telah memaklumkan beliau pernah melawat kawasan terjejas pada 11 Mei lalu bagi meninjau keadaan sistem peparitan dan saliran susulan
01:32aduan berkaitan isu banjir kilat yang diterima daripada penduduk serta peniaga setempat.
01:37Terima kasih.
01:38Terima kasih.
Comments