Skip to playerSkip to main content
  • 4 weeks ago
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), dalam tempoh yang sama jumlah baki terkumpul BNPL mencecah RM5.3 bilion, manakala jumlah tidak berbayar sebanyak RM181 juta atau 3.4 peratus daripada jumlah baki terkumpul BNPL.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jumlah pemegang akaun beli sekarang bayar kemudian BNPL yang aktif meningkat kepada 8 juta bagi suku pertama 2026.
00:08Menurut Kementerian Keuangan MOF, dalam tempoh yang sama, jumlah baki terkumpul BNPL mencecah 5.3 juta ringgit.
00:16Manakala jumlah tidak berbayar sebanyak 181 juta ringgit atau 3.4% daripada jumlah baki terkumpul BNPL.
00:32Menurut jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu, secara keseluruhannya hutang BNPL kekal rendah iaitu
00:41sekitar 0.3% daripada keseluruhan hutang isi rumah dalam negara setakat akhir 2025.
00:48Menurut MOF, kerajaan berpandangan bahawa perkembangan sektor ini perlu disertai dengan pelindungan pengguna yang kukuh bagi memastikan kemudahan kredit terus
00:57digunakan secara berhemat dan bertanggungjawab.
01:00Sehubungan itu, menurutnya penyedia BNPL kini diwajibkan mendapatkan lesen daripada suruhan jaya kredit pengguna SKP.
01:08Menurutnya, keperluan pelesenan ini membolehkan SKP memastikan hanya penyedia yang memenuhi keperluan kawas selia, tabi urus dan pelindungan pengguna dibenarkan
01:17beroperasi.
01:18MOF memaklumkan pada masa sama SKP telah mengeluarkan standar pelesenan dan pendaftaran dan standar pelakuan yang menetapkan standar minimum yang
01:27perlu dipatuhi oleh semua penyedia BNPL.
01:31Tempoh permohonan lesen telah dibuka pada 1 Jun 2026 dan penyedia BNPL sedia ada diberi tempoh sehingga 30 November 2026
01:39untuk mengemukakan permohonan masing-masing.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended