Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
MITI memaklumkan sebanyak 6,416 pengecas awam kenderaan elektrik telah dipasang di seluruh negara setakat Mei 2026, termasuk 2,143 pengecas pantas DC.
Transcript
00:00Sebanyak 6,416 unit pengecas awam kenderaan elektrik EV telah dipasang di seluruh negara setakat 31 Mei 2026.
00:10Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri MITI memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 2,143 unit merupakan pengecas pantas arus terus ataupun
00:20DC,
00:21manakala 4,273 unit lagi ialah pengecas arus ulang-alik ataupun AC.
00:29Menurut jawapan bertulis yang disiarkan di Laman Sesawang Parlimen, kerajaan terus mempergiat usaha memperluaskan infrastruktur pengecasan
00:37bagi menangani cabaran kekurangan kemudahan pengecas EV di negara ini.
00:42MITI berkata, pendekatan Wall of Government diperkukuh menerusi pelaksanaan garis panduan perancangan petak pengecas EV,
00:50GPP EVCB oleh Plan Malaysia yang membolehkan proses kelulusan dipercepatkan sehingga 14 hari bekerja.
00:58Kementerian itu turut melaksanakan libat urus berterusan bersama pihak berkuasa tempatan PBT,
01:04Suruan Jaya Tenaga ST, Tenaga Nasional Berhad TNB,
01:08Pengendali Stesen Pengecasan, Persatuan Industri Pengecas EV,
01:12serta Malaysia Zero Emission Vehicle Association.
01:17MITI menjelaskan demikian dalam jawapan kepada pertanyaan Aliparlimen Kuala Pilah,
01:22Dato' Adnan Abu Hassan mengenai strategi kerajaan memperluaskan penggunaan EV di Malaysia.
01:27Selain infrastruktur pengecasan, kerajaan turut memberi tumpuan kepada pembangunan ekosistem EV tempatan
01:33melalui kerjasama strategik antara syarikat tempatan, pengeluar peralatan tulen, OEM dan penyedia teknologi global.
01:42Langkah itu bertujuan mempercepatkan pemindahan teknologi
01:45serta meningkatkan pengeluaran komponen bernilai tinggi seperti bateri, motor pacuan elektrik dan sistem bantuan pemanduan termaju, ADAS.
Comments

Recommended