Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kerajaan akan menggunakan pendapatan cukai terutamanya untuk membiayai langkah-langkah yang bertujuan mengurangkan kesesakan, seperti menyediakan kawasan yang ditetapkan di tempat-tempat mengambil foto popular yang sering dipenuhi pelancong asing.
Transcript
00:00Kerajaan Jepun pada Rabu menaikkan 3 kali ganda cukai pelepasan kepada RM3,000 atau bersamaan RM75 setiap orang
00:07untuk membiayai langkah-langkah terhadap isu yang timbul daripada peningkatan pelancongan masuk.
00:13Bayaran bagi pelawat asing yang memerlukan visa untuk memasuki Jepun juga dinaikkan pada Rabu
00:19meningkat 5 kali ganda kepada RM15,000 atau bersamaan RM377 untuk visa sekali masuk
00:25dan RM30,000 atau bersamaan RM755 untuk visa berbilang kemasukan.
00:37Sementara itu pada hari sama, kerajaan mengurangkan bayaran permohonan pasport untuk warga Jepun
00:41bagi menampung beban tambahan cukai pelepasan.
00:44Cukai dikutip menerusi pembelian tiket perjalanan tanpa mengira ke warga negaraan penumpang.
00:49Kerajaan akan menggunakan pendapatan cukai terutamanya untuk membayai langkah-langkah
00:53yang bertujuan mengurangkan kesesakan seperti menyediakan kawasan yang ditetapkan
00:57di tempat-tempat mengambil foto popular yang sering dipenuhi pelancong asing.
01:02Ia juga akan menyokong inisiti pelancongan serantau seperti menjadikan kereta api tempatan
01:06sebagai tarikan pelancong dan mengubah suai bangunan stesen dalam usaha menarik pengunjung
01:11menjauhi kawasan sesak.
01:13Pengembara yang transik melalui Jepun dan tinggal kurang 24 jam di negara itu
01:17serta kanak-kanak di bawah umur 2 tahun dikecualikan daripada cukai.
Comments

Recommended