Skip to playerSkip to main content
RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian

Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semalam, para aktivis yang mewakili 51 buah NGO berhimpun di pintu pagar Parlimen dan telah bertemu dengan beberapa ahli Parlimen.
00:13Mereka telah menyerahkan satu memorandum yang antara lain menyeru penubuhan Suranjaya Diraja bagi Siasatan RCI
00:22untuk menyiasat dan melaporkan perkara-perkara berkaitan pegangan saham Tan Sri Azam Baki serta dawaan yang dikenal sebagai mafia korporat.
00:34Ahli-ahli Parlimen yang bertanda tangan di bawah ini mengemukakan tiga perkara berikut.
00:40Pertama, kami menyeru agar semua siasatan yang dijalankan oleh Kerajaan Madani terhadap pegangan saham Tan Sri Azam Baki didedahkan
00:51kepada umum. Kami memahami bahawa dua siasatan sedemikian telah dijalankan setakat ini.
01:00Namun tiada satu pun dapatannya didedahkan kepada orang ramai.
01:05Laporan-laporan ini wajar dikeluarkan kepada umum atau sekurang-kurangnya dikebukakan kepada satu jawatan kuasa Parlimen
01:14untuk kajian dan penelitian lanjut.
01:17Kami juga ingin menegaskan bahawa pada 6 hari bulan Jun 2026,
01:24Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M. Kumar, dilaporkan menyatakan bahawa
01:31dua kertas siasatan yang melibatkan Tan Sri Azam Baki telah dikebukakan kepada Jabatan Peguam Negara
01:42untuk tidak akan lanjut.
01:45Subungan itu kami menyeru Jabatan Peguam Negara untuk mendedahkan status semasa siasatan-siasatan tersebut.
01:55Kedua, kami mendesak semua ahli Parlimen termasuk para Menteri Kabinet dan Perdana Menteri
02:01untuk menyatakan secara terbuka sama ada mereka menyokong penubuhan RCI bagi menyiasat
02:09dakwaan terhadap Tan Sri Azam Baki dan isu mafia korporat.
02:14Ahli-ahli Parlimen yang bertanda tangan di bawah menyokong sepenuhnya penubuhan RCI tersebut.
02:21Kami menggesa 51 buah NGO berkenaan untuk mendesak semua ahli Parlimen
02:28memberikan penderian terbuka yang jelas mengenai isu ini
02:33terutamanya menjelang pilihan raya negeri Johor dan negeri Sembilan yang akan datang.
02:39Dan sekiranya lebih daripada 51% ahli Parlimen menyokong penubuhan RCI tersebut
02:46Perdana Menteri akan terikat untuk mengesyorkan penubuhan RCI itu kepada yang di-Pertuan Agong.
02:54Kami menghargai dan ingin menekankan penderian tegas yang di-Pertuan Agong
03:00yang tidak berkompromi dengan gejala rasuah.
03:04Terima kasih kerana menonton...
03:07Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended