00:00Terima kasih Syaf. Seterusnya, Timbalan Perdana Menteri Belgium yang juga Menteri Luar Hal Ehwal Eropah dan Kerjasama Pembangunan Maxim Prevost
00:08akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia bermula Khamis.
00:12Ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada Februari 2025.
00:20Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Prevost dijadual mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah Yusof yang
00:28juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 2 Julai bagi menilai keadaan semasa hubungan Malaysia-Belgium serta meneroka bidang
00:36kerjasama baharu.
00:37Tambah kenyataan itu, semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak akan menilai semula tahap semasa hubungan Malaysia-Belgium dan meneroka bidang
00:45kerjasama baharu khususnya dalam tenaga boleh baharu, unsur nadibumi dan kerjasama halal.
00:52Selain itu, perbincangan turut meliputi hubungan Malaysia-Kesatuan Eropah serta perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
01:01Prevost juga dijadual menyampaikan ucapan peringkat Menteri pada Meja Bulat Asia Pasifik ke-39 Anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa
01:10ISIS Malaysia serta dijangka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Moizuddin Shah.
Comments