00:00Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan telah menyerahkan senarai nama calon bagi 16 kerusi yang bakal ditandingi pada pilihan rakyat negeri
00:07ke-16 kepada kepimpinan pusat untuk dipertimbangkan.
00:12Pengurusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pihaknya mengemukakan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 nama
00:20merangkumi calon wanita, golongan muda dan calon lama bagi setiap kerusi.
00:25Pengurusi Pakatan Harapan PH Negeri itu turut yakin, DAP dan Amanah Negeri juga telah menyerahkan senarai nama calon parti masing
00:33-masing untuk dipertimbangkan kepimpinan pusat.
00:37Katanya lagi, pihaknya juga sedang mencari satu tarikh sesuai untuk mengumumkan calon.
00:41Pada 13 Jun lepas, Aminuddin yang juga Menteri Besar berkata, pembahagian 36 kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Negeri Sembilan menyaksikan
00:50PKR bertanding 16 kerusi, DAP dengan 11 kerusi dan baki 9 kerusi lagi ditandingi Amanah.
00:58Suruhan jaya pilihan raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos, manakala penamaan calon pada 18 Julai
01:06dan 28 Julai ditetapkan bagi pengundian awal.
01:14Terima kasih telah menonton!
Comments