00:00Bertemu kembali Malaysia dan Australia menggorak satu lagi langkah penting dalam memperkukuh kerjasama pertahanan apabila Westa Defence Industries memeterai perjanjian
00:09usaha sama strategik dengan Roket Technologies International atau RTI di Canberra.
00:15Kerjasama itu dijangka memperkukuh pembangunan teknologi pertahanan, pemindahan kepakaran serta hubungan strategik kedua-dua negara.
00:23Untuk rangkumannya, kita terus bersama wartawan Syaf Syukri dan jurukamera Salehin Hussein yang kini berada di Canberra, Australia.
00:33Terima kasih rakas tugas di Bukit Jale dan pastinya di Canberra hari ini hubungan Malaysia dan Australia terus diperkukuh apabila
00:40Westa Defence Industries memeterai perjanjian usaha sama strategik dengan Syarikat Aero Angkasa dan Teknologi Pertahanan dari Australia, Roket Technologies International
00:51atau RTI.
00:52Dan lebih signifikan hari ini, usaha sama ini dijangka mempunyai potensi komersial melebihi RM42 bilion dalam jangka panjang selain membuka
01:02peluang kepada penyertaan industri tempatan dalam rantaian bekalan global serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang berkemahiran tinggi.
01:10Selain itu juga, pengasas dan pengarah urusan kumpulan Westa, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim berkata, kerjasama ini sebenarnya
01:19mencerminkan komitmen jangka panjang kedua-dua syarikat untuk membangunkan industri yang bernilai tinggi,
01:26memperkukuh keupayaan teknologi serta mewujudkan peluang baru dalam aspek inovasi, aspek pembangunan bakat dan juga aspek pertumbuhan ekonomi.
01:36Dan pada masa yang sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin yang turut berada di kamera hari ini berkata
01:42kerjasama ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan sovereign defence capability iaitu meningkatkan keupayaan Malaysia membangunkan teknologi dan aset pertahanan
01:55sendiri.
01:55Dan beliau turut menyifatkan kesediaan Australia berkongsi kepakaran dalam sektor air wangkasa sebagai satu perkembangan penting memandangkan teknologi strategik seperti
02:06ini, jarang-jarang sekali dipindahkan kepada negara lain.
02:10Dan sementara itu juga untuk hari ini kerjasama bersejarah ini juga mendapat perhatian daripada Parlimen Australia sendiri apabila delegasi Malaysia
02:19yang terdiri daripada yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul,
02:23Kementerian Pertahanan dan Westar Group telah diraihkan dalam majlis resepsi yang telah dihostkan oleh Speaker Dewan Perwakilan Parlimen Australia Milton
02:33Dick di bangunan Parlimen Australia.
02:35Selain mereka juga turut diraihkan dalam majlis makan tengah hari yang dihostkan oleh Setiausaha Parlimen Scott Bushels.
02:44Dan secara keseluruhannya kerjasama ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan diplomatik Malaysia dan Australia di bawah perkongsian strategik komprehensif,
02:54malah meningkatkan kepercayaan antara kedua-dua negara dalam bidang pertahanan.
03:01Dan semestinya bagi Malaysia ia mempercepat pembangunan industri pertahanan tempatan dan pemindahan teknologi.
03:09manakala bagi Australia sendiri kerjasama ini mengukuhkan jaringan keselamatan serta kerjasama industri dengan rakan strategik di Asia Tenggara
03:18sekaligus menyumbang kepada kestabilan dan keselamatan serantau.
03:23Jadi saya kira sekian rangkuman saya untuk lautan kerja ke Canberra Australia bersama Juru Kamera Salehin Hussein.
03:30Kembali bersama rakan sugas di Bukit Jalil.
Comments