Skip to playerSkip to main content
Penyertaan dalam Global Sumud Flotilla keputusan peribadi - Timbalan Menteri Luar

Keputusan rakyat Malaysia untuk menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin dibuat atas prinsip individu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang berkata, kerajaan akan membantu sekiranya wujud permasalahan ketika misi itu berjalan berdasarkan beberapa pertimbangan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785933/berita/nasional/penyertaan-dalam-global-sumud-flotilla-keputusan-peribadi---timbalan-menteri-luar

#SinarHarian #BeritaSemasa #GlobalSumudFlotilla #DewanRakyat
Transcript
00:00Kita berpenangan bahawa pintu masuk, terutama sekali ke Rafah telah pun dibuka.
00:04Maka kita mempunyai alternatif dan juga kaedah yang lebih baik untuk menyalurkan bantuan.
00:11Walaupun demikian yang berhormat, keputusan untuk menyertai Global Sumut Fortila ini adalah merupakan keputusan berlandaskan prinsip individu tersebut
00:20yang ingin memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan Palestine dan juga Gaza.
00:25Maka penyertaan mereka kepada program Global Sumut Fortila ini adalah keputusan pribadi dan juga kita menyalurkan bantuan sekiranya permasalahan akan
00:35timbul.
00:36Ini adalah merupakan kaedah yang konsisten kita tekankan dan juga sekiranya berlaku pelayaran semula oleh Global Sumut Fortila,
00:45sememangnya kita memberikan pandangan-pandangan yang lebih baik.
00:49Seperti apa yang saya jawabkan sebentar tadi, pintu telah dibuka maka adalah elok untuk kita menghantarkan bantuan supaya bantuan-bantuan
00:57ini dapat dirasai.
00:59Untuk maklumat Tuan yang dipertua, bantuan-bantuan yang kita telah salurkan seperti bantuan untuk memberikan lampu solar, makanan dan juga
01:07bekalan-bekalan khususnya
01:09telah pun sampai melalui kaedah-kaedah seperti ini.
01:13Maka kaedah seperti pelayaran juga adalah mungkin dapat membantu untuk memberikan tekanan kepada negara-negara lain untuk menyokong usaha-usaha
01:22bagi menyelamatkan dan juga membangunkan semula Gaza.
Comments

Recommended