Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Menurut Kementerian Kewangan (MOF), kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari 2026, sebelum melonjak kepada kira-kira RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.
Transcript
00:00Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petrolium hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan
00:10geopolitik dan konflik Asia Barat.
00:12Menurut Kementerian Kewangan MOF, kerajaan telah menanggung subsidi hampir RM800 juta sebulan bagi RON95 dan diesel pada Januari dan Februari
00:232026 sebelum melonjak kepada kira-kira RM5 bilion sebulan pada Mac dan April 2026.
00:32Menurut MOF, sekiranya harga pasaran semasa ini kekal, kerajaan dijangka akan menanggung jumlah subsidi produk petrolium hampir RM40 bilion bagi
00:40tahun 2026.
00:43Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis bertarikh 30 Jun yang dikeluarkan di laman web parlimen bagi menjawab soalan ahli
00:50parlimen temeluh, Salamiah Mohd Noh, berhubung jumlah terkini peruntukan untuk subsidi petrol dan diesel.
00:57Menurut MOF, peningkatan jumlah subsidi ini membolehkan warga negara Malaysia berumur 16 tahun ke atas layak menikmati petrol RON95 pada
01:07harga bersubsidi RM1.99 selita.
01:11Jelas MOF bekalan petrolium negara ketika ini kekal stabil dan mencukupi.
01:16MOF memaklumkan kerajaan akan terus memperkukuh langkah keterjaminan bekalan untuk tempoh jangka panjang dan subsidi bersasar ketika krisis bekalan global
01:26masih berlarutan.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended