Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dalam kenyataan pada Rabu (1 Julai) memaklumkan, rampasan itu merupakan hasil tindakan bersepadu dan kerjasama erat antara AKPS KLIA dan Aviation Security (AVSEC) dalam memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara serta membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.
Transcript
00:00Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan Malaysia AKPS berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja dianggarkan bernilai RM1.69
00:10juta.
00:11Ia dilakukan menerusi pemeriksaan bagasi daftar masuk di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 1 pada Isnin.
00:22AKPS dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan rampasan itu merupakan hasil tindakan bersepadu dan kerjasama erat antara AKPS, KLIA dan Aviation
00:31Security dalam memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara serta membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan.
00:38Jelas kenyataan pemeriksaan terperinci menemukan sebanyak 39 bungkusan disyaki mengandungi bunga ganja atau cannabis flower dengan anggaran berat keseluruhan 21
00:49.14 kilogram.
00:51Tambah AKPS, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1.69 juta dan kuantiti dadah berkenaan dipercayai mampu menampung penggunaan seramai lebih 70
01:03,000 individu pada satu-satu masa.
01:06Menurut kenyataan itu, suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada polis untuk siasatan serta tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang
01:16berkuatkuasa.
Comments

Recommended