Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Bagi calon paling muda untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, Danish Hossman yang berusia 23 tahun, ketokohan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi kompas yang membentuk hala tuju politiknya.

Calon Pakatan Harapan di Johor Lama itu akui, hanya Datuk Seri Anwar yang menjadi idolanya dalam politik.

Bagi mendapatkan cerita lebih lanjut mengenai anak muda ini, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir.
Transcript
00:00Usia muda bukan penghalang untuk mencuburi dunia politik.
00:03Bagi calon paling muda untuk pilihan rakyat negeri PRN Johor kali ini,
00:06Danish Osman yang berusia 23 tahun,
00:09ketukuhan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,
00:11menjadi kompas yang membentuk keperibadiannya.
00:15Calon Pakatan Harapan di Johor lama itu akui
00:17hanya Anwar yang menjadi idolanya dalam arena politik.
00:20Bagi mendapatkan cerita lebih lanjut mengenai anak muda ini,
00:23kita bersama rakan setugas Khalis Kadir
00:25yang sudah pun siap sedia dengan cerita tersebut.
00:28Silakan Khalis.
00:32Terima kasih, sahabat saya Irfan Faruqi.
00:35Kalau Danish Osman ini calon muda,
00:38calon paling tua pula ialah dari Perikatan Nasional
00:42di Sepudai, Lim Chin Eng, 73 tahun.
00:46Jurang perbezaan antara 50 tahun
00:48menunjukkan jurang antara idea segar anak muda
00:52dan juga pengalaman generasi yang lama.
00:55Danish Osman, seperti Ifan katakan namanya cukup meriah
00:58di media sosial ketika ini bukan kerana menjadi calon paling muda saja
01:01tetapi kerana kenyataannya yang menimbulkan berbagai reaksi
01:04dalam kalangan warga maya.
01:06Tetapi, dalam berdepan cabaran besar juga penyandang di Johor lama,
01:12Nori Sahno yang menang majoriti besar 6,039 undi pada PRN yang lalu
01:19selain berdepan cabaran seorang lagi daripada Perikatan Nasional Asia Esa,
01:23itu tidak menjadi halangan bagi Danish.
01:26Walaupun dia tidak nafikan, ada sentimen alah, anak muda, gen Z,
01:31apa boleh buat?
01:33Danish, jawab Danish.
01:36Apa yang saya lihat peribadi Dato' Sirhanwar ini, dia jujur.
01:41Dia jujur dalam membantu rakyat, dia tidak mentingkan jawatan.
01:45Dia perjuangkan hak rakyat sehingga kalau kita tahu,
01:48kisah Dato' Sirhanwar dia pecat daripada timbalan Presiden UMNO,
01:52timbalan Perdana Menteri, sehingga dipenjarakan, difiknah, dicaci, dimaki.
01:57Tapi dia tetap cekal pertahankan hak rakyat sehingga sekarang,
02:02kita dapat rasa bagaimana Dato' Sirhanwar menjaga ekonomi ringgit semakin naik,
02:09minyak antara yang paling rendah di Asia.
02:15Jadi ekonomi kita tengok melonjak dalam tempoh tiga tahun,
02:20tidak pernah Malaysia mencapai prestasi yang begitu baik dalam masa yang singkat.
02:27Ya, Danish menjadikan Dato' Sirhanwar Ibrahim yang merupakan pemimpin tempat ke-10 tokoh Muslim
02:34paling berpengaruh di dunia sebagai idola ataupun kompas politiknya
02:38untuk mempunyai kekuatan berdepan penyandang yang saya katakan tadi mempunyai majoriti yang besar.
02:46Dalam masa yang sama juga, sempat saya terbual dengan Bapa Danish yang teman Danish
02:52sepanjang hari mengikuti kempen Danish dari pagi sehingga ke malam.
02:56Kata Bapa Danish, kita mungkin boleh ambil juga semangat ataupun inspirasi seorang Bapa pada anaknya
03:03bahawa apa juga yang anaknya lakukan tidak menjadi masalah
03:09kerana Bapanya juga merupakan adalah mempunyai idola yang sama juga iaitu Dato' Sirhanwar Ibrahim.
03:17Bapa kata Bapa bagaimana acuan, begitulah kuihnya, ke mana tu kuahnya, kuah kalau tidak ke nasi.
03:24Saya nak ketua UMNO Congan. Jadi, bila bapak saya, Anwar dipecat, saya pun ikut dia.
03:33Jadi, idola ini kalau idola, samalah Dato' Sirhanwar Ibrahim lah.
03:37Dia kata orang kalau potong darah biru kan. Walanon kan? Memang bangga jadi walanon.
03:42Bangga menjadi pengikut kepada orang pemimpin yang berkorban untuk rakyat.
03:44Ini Gen Z. Kita kata kan Gen Z. Tak ada parti yang beri Gen Z untuk jadi calon.
03:50Dan meyakini bahawa Gen Z, anak muda, dia sebenarnya mempunyai satu kemauan fikir yang kadang-kadang
03:55saya sendiri saya bapa-bapa. Kata, kau boleh buat, ayah tak boleh dah.
03:58Saya yakin. Jadi, saya tengok dia, oh boleh ke punya? Boleh. Okey, jalan.
04:08Sudah tentu Danish mempunyai ataupun melakar sejarahnya tersendiri untuk perjalanan kali ini.
04:13kalau dahulu pada PRN yang, pada PRN 2022, terdapat dua calon paling muda ketika itu
04:22berusia 26 tahun, Danish 23 tahun.
04:25Dan dalam masa yang sama, bukan berkisarkan tentang Danish semata-mata.
04:29Sudah tentu kita membawakan liputan yang menyeluruh dan seimbang.
04:32Dua lagi calon iaitu SIS daripada Perikatan Nasional dan penyandang
04:36yang akan kekal mempertahankan kerusi ini juga.
04:40Norizah Nur daripada Barisan Nasional, kami bawakan juga.
04:43Setakat itu dahulu, Irfan dan penonton, kembali ke studio.
04:48Terima kasih, Khalis.
04:49Atas cerita tersebut, lebih banyak cerita untuk Johor memilih
04:53dan pihak raya negeri Johor akan dibawakan oleh Khalis
04:55dan juga kru, juga rakan-rakan yang berada di sana sepanjang tempoh pilihan raya ini.
04:59Terima kasih sekali, Khalis.
05:00Dan kita akan bawakan lebih banyak berita selepas ini.
05:02Tuhan.
05:03Terima kasih.
05:03Terima kasih.
Comments

Recommended