Skip to playerSkip to main content
Naib Presiden Data Analitik dan Strategi Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Aida Zurina berkata penjagaan kesihatan di Malaysia tidak melihat perkhidmatan yang diberikan daripada aspek transaksi semata-mata, sebaliknya memberi penekanan kepada aspek empati dan sentuhan manusia. Jelasnya, kepimpinan wanita dalam sektor ini memastikan tawaran tersebut dirasai oleh setiap pelancong kesihatan yang datang ke negara ini. #AgendaAWANI
Transcript
00:00Malaysia Healthcare tidak sepatutnya bertumpu kepada transaksional arrangement sahaja.
00:07Jadi kita akan pastikan bahawa dalam kita memberikan rawatan dan juga kecemerlangan klinikal,
00:14apa yang kita ingin terapkan adalah apabila seseorang pesakit itu datang ke Malaysia,
00:19seluruh pengalamannya adalah terbaik dan pengalaman itu tidak hanya di hospital sahaja,
00:27tetapi apabila mereka berada di negara kita secara keseluruhannya.
00:32Menarik analogi seorang ibu ini, adakah Puan melihat ini yang mungkin membezakan Malaysia
00:39daripada destinasi penjagaan kesihatan lain? Adakah ini yang menjadikan unique selling point?
00:44Betul, kerana apabila kita berada dalam satu industri yang juga tidak dapat lari daripada teknologi dan sebagainya,
00:54kadang-kadang mungkin kita akan terlepas pandang tentang sentuhan, empathy,
01:00kita cuba untuk melancarkan setengah transaksi contohnya dan kita lost touch a bit.
01:07Jadi itu yang cuba kita pastikan Malaysia Healthcare tidak terlupa perkara-perkara yang berkaitan dengan empathy
01:14dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan keseluruhan pengalaman pesakit.
01:18Ya, terutamanya dengan teknologi seperti AI, itu yang apa orang tercari-cari sekarang ini,
01:24the human touch itu yang jadikan sesuatu, servis itu jadi mahal sekarang.
01:28Tapi bila kita cakap pasal nak bandingkan Malaysia dengan destinasi penjagaan kesihatan lain,
01:34mungkin saya nak tukar topik sekejap.
01:36Tapi menarik juga kalau kita lihat dalam konteks rantau Asia Tenggara ini kerana ada juga negara-negara lain seperti Thailand
01:44yang juga berada di hadapan dalam sektor pelancongan kesihatan ini.
01:50Tapi apa yang Puan melihat selain daripada mungkin analogi ibu dan juga nilai-nilai wanita dalam sektor ini,
01:57apa mungkin membezakan Malaysia menjadi unique selling point berbanding dengan negara-negara serantau?
02:04Ya, bila kita melihat kepada rakan-rakan global dan serantau kita, Thailand contohnya,
02:10mereka juga terkenal dengan hospitaliti mereka sendiri.
02:12Tapi apa yang kita ingin ketengahkan, kita tidak perlu menjadi seperti Thailand.
02:17Kita perlu kekal sebagai kita sebagai seorang rakyat Malaysia.
02:20Kita mempunyai cara dan gaya kita sendiri bagaimana kita melayani pesakit-pesakit yang datang ke negara kita.
02:27Jadi apa yang kita cuba terapkan, contohnya apabila kita berada seorang pesakit itu sampai ke negara kita,
02:33di KLIA, KLIA 1 dan 2, contohnya kita mempunyai servis yang kita panggil mid and grid service
02:39yang tidak terdapat di negara-negara lain yang menerima pelancong kesihatan.
02:44So kita ada mid and grid.
02:45Jadi apabila pesakit itu sampai, pihak hospital juga menyediakan kemudahan transportation
02:51untuk mereka pergi ke hospital masing-masing.
02:55dan apabila berada di hospital tersebut, hospital kita juga mempunyai satu yang kita panggil
03:00International Patient Center yang akan terus melayani dan juga memudah ucarakan
03:06apa-apa saja transaksi yang diperlukan oleh pesakit-pesakit tersebut
03:09untuk terus mendapatkan rawatan dan menjalankan apa-apa saja yang diperlukan
03:14sepanjang mereka berada di Malaysia.
03:16Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended