Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Tiada projek pembangunan kerajaan dikenal pasti terjejas akibat kenaikan kos operasi susulan lonjakan harga diesel, meskipun sektor pembinaan antara industri yang tidak menikmati subsidi bahan api tersebut.
Transcript
00:00Tidak ada projek pembangunan kerajaan dikenalpasti terjejas akibat kenaikan kos operasi susulan lonjakan harga diesel meskipun sektor pembinaan antara industri
00:08yang tidak menikmati subsidi bahan api tersebut.
00:12Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nantalingi berkata kerajaan mengakui terdapat peningkatan kos khususnya melibatkan logistik dan pengangkutan bahan binaan
00:21namun impaknya masih belum mencapai tahap yang boleh menjejaskan pelaksanaan projek sedia ada.
00:31Ada yang mengata harga simen naik. Simen sebenarnya tak apa-apa naik. Yang naik itu logistik. Sama juga agregat. Sama
00:39juga ada material-material bahan-bahan binaan yang lain.
00:43Yang naik adalah kos transportation ataupun logistik. Itu kita dah pantau, kita dah perhatikan dan buat masa sekarang kita belum
00:53perlu buat apa-apa langkah yang ketara untuk
00:56apa-apa kita membantu dalam itu sebab dia masih dalam boleh dikatakan mampu diabsorblah ataupun dalam kontrak yang sedia ada.
01:10Tambah beliau setakat ini kos tambahan yang ditanggung kontraktor masih boleh diserap menerusi kontrak sedia ada dan belum memerlukan sebarang
01:17bentuk campur tangan atau bantuan khas daripada kerajaan.
01:21Alexander berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri majlis taklimat pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel negeri Sarawak oleh Kementerian Kewangan
01:30di Hotel Pullman Kuching pada Rabu.
Comments

Recommended