Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Empat individu mengaku salah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan menjual android box yang mengandungi teknologi penstriman Astro secara haram.
Transcript
00:00Empat individu mengaku salah di Mahkamah Session Johor Bahru atas tuduhan menjual Android Box yang mengandungi teknologi penstriman Astro secara
00:09haram tahun lalu.
00:10Kesemua tertuduh Wong Wen Yi, Kesi Chan Ziwe, Ti Li Chuan dan Teh Ying Ji yang berusia antara 22 hingga
00:1934 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Datuk Cik Wan Zaidi, Cik Wan Ibrahim.
00:31Mengikut kertas pertuduhan berasingan, mereka didakwa bersama-sama telah melakukan pelanggaran hak cipta Astro dalam urusan perniagaan dengan menjual Android
00:39Box iaitu masing-masing jenama SVI Studio 10S dan IMAT Box M3 yang mengandungi teknologi penstriman Astro secara haram.
00:47Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Premise IT Technology Concept Store dan Kios X1 di sebuah pusat beli belah di
00:55Taman Bukit Mewah, Johor Bahru antara jam 1.20 petang hingga 5.42 petang pada 4 Mac 2025.
01:03Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43 AA1C Akta Hak Cipta 1987 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 43 AA2 Akta yang
01:13sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.
01:18Ia memperuntukkan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM200,000 bagi setiap perekaan yang berkenaan atau penjara maksimum
01:2720 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
01:32Hakim membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Julai depan sebagai tarikh sebutan
01:40semula kes bagi fakta kes dan hukuman.
01:42Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended