00:00Saya mahu hilangkan penat sebab sekarang masa rehat.
00:03Itu helah diberikan seorang lelaki warga asing
00:06ketika didapati bersembunyi di sebalik timbunan sampah
00:10dalam Tong Roro ketika serbuan Ops Mega,
00:13sebuah kilang perabot teluk gong di Pelabuhan Kelang pada Rabu.
00:17Pekerja kilang perabot berusia lingkungan 30-an itu
00:21memberikan alasan mahu menghilangkan penat
00:23selain mendakwa tidak berhasrat untuk bersembunyi.
00:27Dalam operasi sama,
00:28seorang lelaki warga asing bertindak bersembunyi
00:31di tepi mesin pemotong kayu ketika serbuan dijalankan.
00:35Individu itu mendakwa, takut serta terkejut
00:38dengan kehadiran pihak berkuasa
00:40ketika sedang menjalankan kerja-kerja pemotongan kayu.
00:44Timbalan pengarah Imigresen Negeri Selangor, Kawalan,
00:47Muhammad Husairi Kamarudin berkata,
00:49seramai 252 pendatang asing tanpa izin,
00:53parti ditahan menerusi Ops Mega bermula jam 8 pagi.
00:57Operasi itu membabitkan 50 pegawai dan anggota
01:01daripada JIM Selangor, Jabatan Tenaga Kerja,
01:05Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
01:08serta KWSP.
01:10Seramai 520 warga asing telah diperiksa
01:13dan hasil pemeriksaan mendapati 252 lelaki warga asing
01:18berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan
01:22atas pelbagai kesalahan imigresen.
01:25Antara yang ditahan ialah 175 warga Bangladesh,
01:2933 warga Nepal, 39 warga Pakistan,
01:334 warga Myanmar dan seorang warga Sri Lanka.
01:37Antara kesalahan yang dikesan termasuk salah guna PAS,
01:40tidak memiliki dokumen pengenalan diri,
01:43tinggal lebih masa dan pemegang kad yang tidak diiktiraf.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments