Skip to playerSkip to main content
Sebanyak 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara bermula Januari hingga 12 Jun lepas, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, iaitu melibatkan 17,485 orang atau 40.85 peratus.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785039/berita/nasional/lebih-42000-hilang-kerja-tahun-ini---ramanan

#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Perkeso #hilangkerja
Transcript
00:00Berdasarkan statistik berkeso, dari tempoh Januari hingga 12 Jun 2026,
00:09seramai 42,807 orang telah dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara.
00:17Daripada jumlah tersebut, sebanyak 40.85%
00:22ataupun 17,485 orang telah diberhentikan akibat penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat.
00:33Sebenarnya, Tansri yang dipertua, AI ini, dia bukannya menghilangkan pekerjaan,
00:40tetapi dia lebih melengkapkan pekerjaan.
00:45Jumlah kekosongan jawatan yang telah pun kita bincangkan tadi,
00:52kita ada portal MyFuturesJobs
00:54yang ada kekosongan sebanyak 600,168 jawatan yang ditawarkan.
01:07Manakala jumlah pencari kerja, termasuk kehilangan pekerjaan,
01:13adalah seramai 188,062 orang sahaja.
01:17daripada angka yang saya sebutkan tadi,
01:2042,807 yang telah dilaporkan kehilangan kerja itu,
01:26hanya 13,990 daripada mereka.
01:32Agak-agak angka dia 33% yang telah memohon pekerjaan
01:38dan telah berjaya melalui MyFuturesJobs portal tersebut.
01:43juga saya nak maklumkan di sini,
01:46kerajaan yakin bahawa AI adalah pemangkin kepada peningkatan kualiti pekerjaan sedia ada
01:53dan penciptaan pekerjaan baru yang berkemahiran tinggi.
01:59sub indo by broth3rmax
Comments

Recommended