Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Ikuti perkembangan terkini situasi berkenaan pilihan raya Johor
Transcript
00:21Jangan lupa SUBSCRIBE, LIKE, KOMEN dan SHARE...
00:30...pemilihan calon yang mungkin akan diketengahkan oleh Barisan Nasional untuk pilihan raya pada kali ini.
00:35Tapi kita bawakan antara beberapa laporan yang kami bawakan di sebelah pagi tadi di mana sebanyak 1,140 pusat mengundi
00:41membabitkan 4,980 saluran akan dibuka di seluruh negeri untuk melaksanakan pilihan raya negeri Johor ke-16.
00:50Ia bagi menampung peningkatan bilangan pengundi yang kini mencecah lebih 2.7 juta orang.
00:58Jumlah itu meningkat 53 pusat mengundi berbanding 1,087 pusat mengundi pada pilihan raya negeri yang lalu.
01:05Daripada keseluruhan pusat mengundi yang disediakan, 1,076 melibatkan pusat mengundi biasa, manakala 64 adalah pusat mengundi awal bagi anggota
01:14polis, pasukan gerakan arm, PGA dan tentera bersama pasangan mereka.
01:18Undian awal bakal melibatkan 24,751 anggota polis dan tentera.
01:24Berhubung waktu mengundi, majoriti pusat mengundi akan dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
01:30Bagaimanapun, terdapat beberapa pusat mengundi berskala kecil di kawasan pedalaman dan pulau yang akan ditutup lebih awal secara berperingkat bermula
01:38pukul 11 pagi.
01:39Pilihan raya negeri Johor akan berlangsung pada 11 Julai dengan undian awal pada 7 Julai dan penamaan calon Sabtu ini.
01:48Untuk sama-sama kita membuat sedikit analisis dan juga apakah ciri pilihan pengundi untuk memilih perwakilan mereka di Dewan Undangan
01:58Negeri Johor pada kali ini.
02:00Assalamualaikum Tuan Mujibu.
02:02Bagus salam Syarap, selamat petang.
02:03Baik, terima kasih kerana sudi bersama dengan kami. Kita tahu sekarang ini kita pun menanti dengan penuh sabar untuk melihat
02:09siapa antara calon yang akan dikemukakan oleh Barisan Nasional pada kali ini.
02:12Dan kita tahu Pakatan Harapan telah selesai mengumumkan kesemua 56 calon baru-baru ini dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
02:18sendiri.
02:19Jadi soalan pertama saya kepada Mujibu, soalan yang paling basic agaknya di sini.
02:25Kriteria calon yang bagaimana yang sesuai dan juga perlu diletakkan oleh Barisan Nasional untuk menghadapi pilihan raya pada kali ini?
02:32Kriteria calon, adakah calon muda atau calon-calon yang sebelum ini sudah dikenali oleh pengundi?
02:38Mujibu.
02:39Ya, dari satu sisi benar bahawa faktor calon ini sangat memainkan peranan.
02:45Namun untuk kita mengklasifikasikan calon itu bagaimana yang barangkali mampu untuk diterima pengundi itu agak sukar untuk kita menetapkan atau
02:57menetapkan dalam skala yang tertentu ataupun ada kriteria yang tertentu.
03:03Saya rasa dalam hal ini parti mempunyai ukuran masing-masing dalam menentukan kriteria untuk menjadi calon pada parti.
03:12Kalau kita faham tentang UMNO dan Barisan Nasional maka kaedah wali itulah, winnable, likable itu yang menjadi ukuran kepada calon
03:23itu.
03:24Kerana persoalan pada konteks calon itu perlu muda, muka baru, muka lama, ini berangkali perlu ada satu sinergi yang mewakili
03:34perkara itu.
03:36Dan sudah tentu juga calon itu telah dipertimbangkan dengan melihat kepada komposisi dan demografi pengundi di kawasan itu.
03:45Dan saya percaya ukuran-ukuran itu telahpun dipertimbangkan oleh parti dan pada ketika ini UMNO yang masih lagi belum ada
03:58keputusan dan pengumuman tentang siapa yang menjadi calon mereka.
04:03Tapi saya yakin sebenarnya perkara itu telahpun ditetapkan cuma mungkin ada perundingan dan juga adjustment di saat-saat akhir yang
04:11berangkali masih lagi sedang berlangsung sehingga menangguhkan.
04:15Tapi pada saya kriteria calon itu bergantung pada kriteria yang diukur dan ditentukan oleh parti dan dalam masa yang sama
04:26juga sudah tentu parti itu membuat kajian bagi membolehkan calon itu menepati kehendak yang sesuai dengan demografi pengundi di kawasan
04:39masing-masing.
04:41Baik untuk anda yang baru menonton ketika ini difahamkan ya Dato' On Hafiz Ghazi sedang menyampaikan ucapan sepenuh dengan pengumuman
04:50calon Barisan Nasional untuk Dewan Undangan Negeri Johor.
04:54Kita dah dapat lihat di visual pada ketika ini dan pastinya rakan setugas Firdaus Azil berada di sana untuk membuat
04:59liputan.
05:00Pastinya apa saja pengumuman ataupun laporan terkini akan terus dikongsikan oleh Firdaus bersama dengan saya selepas pengurusi Barisan Nasional Dato'
05:08Sri Ahmad Zaid Hamidi membuat pengumuman.
05:10Dan selepas ini dia pasti kita akan menunggu dan juga memantau situasi ini dari masa ke semasa tapi daripada masa
05:15yang sama bersama saya ketika ini ialah Mujibu Abdul Muiz.
05:19Mujibu tadi kita bercakap mengenai bagaimana agaknya kriteria yang perlu diutamakan oleh Barisan Nasional dalam pemilihan calon untuk pilihan raya
05:28negeri Johor ini.
05:28Saya nak melihat juga fokus kepada beberapa kerusi-kerusi yang dimiliki ataupun dimenangkan oleh Barisan Nasional pada PRN yang lalu
05:37dengan margin yang rendah.
05:39Kita lihat beberapa kerusi di sini antaranya Don Bukit Pasir dan juga kerusi Don Parit Yani di mana Don Bukit
05:48Pasir dimenangkan oleh Muhammad Fazli Muhammad Saleh dengan majoriti 198 undi.
05:52Dan juga Don Parit Yani dimenangkan oleh Dato' Najib Samsuri juga dari BN UMNO dengan 294 undi.
05:59Jadi melihat pada kriteria ini bagaimana pengundi sebenarnya boleh menilai ataupun kepimpinan parti boleh menilai adakah calon-calon ataupun pemenang
06:07-pemenang yang berada di kerusi yang sebelum ini mencatatkan margin yang rendah
06:10wajar dikekalkan atau digantikan dengan wajah yang lebih segar yang mungkin lebih prominent, lebih dekat dengan pengundi.
06:18Pada saya Syaf, perkara ini tidak menjadi isu sama ada kekal ataupun tukar memandangkan calon yang memenangi seperti mana yang
06:30Syaf katakan tadi
06:30bagi kerusi Bukit Pasir dan juga Parit Yani itu yang dimenangi margin dia bawah daripada 500 itu.
06:40Dan kedua-dua kawal kerusi ini sebenarnya adalah kerusi yang agak kritikal kerana ini antara kerusi yang kita boleh anggap
06:50sebagai swing fit lah ya
06:51yang boleh beralih kepada BN ataupun PH ataupun mana-mana parti yang berjaya menawan pemikiran dan hati pengundi di situ.
07:02Kerana pada saya tempoh lima tahun ini berengkali mampu untuk dijadikan ukuran kepada parti terutamanya UMNO Barisan Nasional terhadap prestasi
07:13wakil rakyat di situ.
07:14Kerana pada saya seperti mana yang saya katakan sebentar tadi ya sebagai sebuah kerusi swing ya yang boleh pergi ke
07:23arah PH ataupun kekal kepada BN
07:26kerana ini bergantung kepada banyak perkara contohnya apakah berlaku gelombang ya seperti mana pada 2018 yang lalu kemudian kita tengok
07:36ianya beralih kepada UMNO Barisan Nasional pada 2022
07:38begitu juga dengan bacaan pada ketika ini yang barangkali menyaksikan ada pertandingan lebih daripada tiga penjuru
07:48di mana kalau kita melihat kepada tren pilihan raya kecil dan pilihan raya sebelumnya
07:56sekiranya ada pertandingan berbilang penjuru setiap parti masih mempunyai peluang dan kelebihan
08:06kerana undi daripada lawan ini yang berisiko berpecah barangkali mampu untuk membolehkan terutamanya dalam konteks ini UMNO Barisan Nasional
08:15kerana parti mana yang mempunyai undi yang besar ataupun undi akar undi yang kuat dan solid kepada itu
08:26maka itu ada peluang menang kerana inilah yang menjadi dilema dalam konteks pilihan raya yang mengamalkan demokrasi secara first pass
08:35the post ya
08:35kerana margin undi itu ditentukan berdasarkan sejauh mana turn out mengundi kemudian perpecahan undi itu berlaku
08:44adakah berlaku sentimen dan apakah berlaku swing yang membolehkan peralihan undi itu berlaku
08:51dan memungkinkan parti tertentu merampas kembali kursi ini. Jadi perkara-perkara ini sebenarnya perlu dilihat
08:59dalam menilai apa juga keputusan parti dalam konteks calon kerana pada saya
09:08kekal ataupun ditukar calon itu bergantung kepada beberapa faktor yang menjadi pertimbangan parti
09:14terutamanya pada saya itu dah tentulah dalam tempoh lima tahun ini performance mereka sebagai wakil rakyat di situ ya
09:21kerana ini ini berkali lebih adil kepada calon itu untuk parti menentukan sama ada dia kekal
09:28ataupun ditukarkan dan dalam masa yang sama juga pertimbangan yang lain lah yang saya katakan tadi
09:33bahawa pertimbangan melihat kepada senario kepada pertandingan pada kali ini apakah berlaku pertandingan berbilang penjuru
09:42apakah ada sentimen yang menyebelahi atau tidak menyebelahi parti maupun calon
09:47dan juga pertimbangan pertambahan pengundi dan juga senario kalau pengundi itu
09:52undi-undi pengundi itu terpecah maka semua faktor ini mampu untuk menentukan sama ada parti ataupun calon itu
10:02mampu untuk menang ataupun sebaliknya.
10:05Baik, Mujibu saya nak tambah juga ya kita tahu juga keputusan PRN pada tahun 2022 itu menyaksikan UMNO menang
10:12pada satu majoriti yang cukup selesa 40 kerusi daripada 56 kerusi keseluruhan yang ditandingkan
10:17dan kita cakap juga tadi mengenai faktor perpecahan undi disebabkan mungkin kita tak pasti
10:22berapa penjuru secara keseluruhannya kita akan lihat dalam pihak raya negeri Johor ini
10:27beberapa parti juga yang menyatakan hasrat untuk bertanding, parti-parti baru juga
10:32jadi bagaimana kemungkinan atau apakah antara langkah yang perlu diperkasa oleh barisan nasional sendiri
10:38bagi memastikan sasaran untuk memenangi lebih daripada 40 atau status quo itu boleh berlaku
10:45Mujibu tanpa ada seperti yang kita cakap tadi tanpa ada swing vote mungkin ada perpecahan dalam sesuatu don
10:52perpecahan undi dalam sesuatu don itu Mujibu?
10:55Ya dari satu sisi kita masih lagi beranggapan bahawa kelebihan penyandang kepada BN di Johor itu
11:04mampu untuk mengekalkan parti itu sebagai kerajaan yang memerintah di negeri
11:11cuma mungkin bacaan ketika ini, bacaan awal mungkin untuk mencapai super majoriti 40 kursi
11:20seperti mana sebelumnya itu berangkali agak nak kata mustahil itu tidak lah
11:28mungkin UMNO barisan nasional perlu bekerja keras sendiri
11:33memandangkan kita melihat sentimen semasa ini agak bercampur disebabkan perkembangan-perkembangan tertentu
11:41dan kita juga melihat sejauh mana ada undi protes daripada pengundi baik kepada UMNO barisan nasional
11:50ataupun juga Pakatan Harapan sendiri dan tidak juga menolak faktor bahawa kemasukan pesaing baru
11:5715 kursi yang ditandingi oleh bersama dan juga mungkin ada cabaran-cabaran daripada blok progresif
12:06antara muda dan Pakatan-Pakatan mereka kerana ini senario yang perlu dibaca dalam konteks itu
12:13sebab kita masih lagi melihat bahawa UMNO barisan nasional masih mampu untuk kekal di kursi-kursi mereka
12:25terutamanya di jajaran Laut Cina Selatan itu yang mana kita tahu bahawa
12:32kawasan kekuatan UMNO berpusat di situ ya
12:35terutamanya kawasan-kawasan demografi Melayu, pengundi Melayu yang tinggi
12:40yang berada di luar bandar, di kawasan pelda, di kawasan-kawasan separa bandar, di kawasan-kawasan tradisi UMNO
12:48cuma mungkin cabaran pada ketika ini untuk mendapat 40 selesa ataupun sekurang-kurangnya
12:55majoriti mudah 30 kursi ya
12:58mungkin saya lihat dari satu sisi cabaran terbesar itu adalah persandingan berbilang penjuru
13:06ya mungkin juga seperti mana yang kita fahamkan ya
13:10pada hari ini penangguhan pengumuman calon yang sepatutnya berlaku dua setengah tadi
13:17sehingga ketika ini itu apakah ini spekulasi yang bertiup pada ketika ini
13:23apakah berlaku protes dalaman daripada parti
13:26yang berengkali juga membawa kepada ada cah keting di dalam parti
13:31yang mana isu dalaman ini juga kadang-kadang membawa kepada kekalahan UMNO ya
13:38seperti mana yang kita tahu selepas UMNO menang selesa di PRN Melaka, PRN Johor
13:44dan pembubaran parlimen yang sepatutnya kalau ditengok pada tren itu
13:49mampu membawa UMNO kembali ke Putrajaya
13:52tapi akhirnya UMNO tidak mendapat kursi yang sepatutnya ya
13:57malah kurang daripada sebelumnya disebabkan adanya masalah dalaman pada ketika itu
14:02jadi pada saya lah ya dalam ketika ini apa yang penting bagi UMNO je
14:09kalaulah mahu untuk bukan sekadar masih menguasai kursi-kursi tradisi mereka ya
14:16terutamanya bercakap tentang kursi-kursi tradisi mereka
14:21mereka juga perlu mencari jalan untuk menembusi kursi campuran dan kursi-kursi marginal ini
14:29kerana kursi-kursi ini sangat penting bagi membolehkan mana-mana parti untuk
14:34apa nama itu mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan
14:39di samping perlu memastikan kubu tradisi masing-masing
14:44kalau UMNO Barisan Nasional kita bercakap tentang kursi majoriti Melayu luar bandar
14:50Felda
14:51kalau kita bercakap dengan Pakatan Harapan itu sudah tentu bercakap tentang kursi-kursi bandar ya
14:57dan pada persaingan ini berengkali kalau dapat mengekalkan kursi tradisi di situ
15:03maka kursi-kursi campuran dan kursi-kursi marginal ini akan menjadi kingmaker kepada parti-parti yang bertanding
15:10Baik, Mujibu kita akan berhenti rehat seketika bertemu semula selepas ini
15:14dengan banyak lagi mungkin beberapa lagi analisis penting yang mungkin kita nak utarakan
15:17atau kita nak bincangkan dan jangan ke mana-mana Johor memilih kembali semula selepas ini
15:37Masih bersama saya Syafiq Syukri dan ini Johor memilih dan pastinya untuk waktu terjamin
15:40hari ini kita membuat analisis calon BN apa ciri, pilihan, pengundi dan sepanjang perbualan
15:45sebelum kita berhenti dan seketika tadi kita berikan kepada anda visual
15:49menerusi pengumuman yang dibuat oleh pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor
15:55Dato' On Hafiz Ghazi untuk senarai calon Barisan Nasional mendepani pilihan raya Negeri Johor pada kali ini
16:04dan pastinya kita akan bawakan senarai penuh rakan setugas Fidoz Azil
16:09berada di sana kita akan bawakan senarai penuh dan juga laporan penuh berhubung pengumuman ini
16:12dan saya masih bersama dengan Mujibu Abdul Muiz untuk sama-sama kita membincangkan
16:16mengenai situasi terkini berkaitan dengan Barisan Nasional di Johor
16:21dan juga kemungkinan kepada perkara-perkara yang mungkin akan berlaku dalam tempoh beberapa hari mendatang ini
16:26baik Mujibu terima kasih kerana masih bersama dengan Sarawani
16:29banyak faktor kita bincangkan tadi bagaimana ciri calon yang perlu diketengahkan oleh Barisan Nasional
16:34bagaimana dengan nasib calon yang mencatat margin rendah pada pilihan raya negeri yang lalu pada tahun 2022
16:39dan pada ketika ini fokus saya ya
16:41ramai yang berkata dan memberi tumpuan kepada isu di mana PH dan juga Barisan Nasional mengumumkan
16:47untuk bertanding solo di kesemua 56 kerusi di Johor dan juga 36 kerusi di Negeri Sembilan
16:52dan kita tahu pilihan raya negeri Johor pada tahun 2022 berlangsung sebelum ada kerjasama di peringkat persekutuan
16:58menerusi kerajaan perpaduan ini
17:00jadi bagaimana dengan pengumuman yang dibuat oleh Barisan Nasional juga PH untuk bertanding solo ini
17:07akan memberi kesan, sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan BN dalam PRN Johor pada kali ini Mujibu
17:13Ya, seperti mana yang kita maklum ya
17:16pengumuman Barisan Nasional Johor untuk bergerak solo itu tidaklah mengejutkan
17:22dan ini berangkali sudah dijangka
17:24dan apabila ini sudah dijangka
17:26maka sudah tentu kita melihat apakah keputusan Go Solo ini mampu untuk menyumbang kerusi
17:33kekal status quo 40 kerusi seperti mana sebelumnya
17:37ataupun berlaku pecah undi yang berangkali akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan
17:45untuk kembali merampas negeri Johor
17:47dan itu bagi saya bergantung kepada faktor yang terutama sekali pada ketika ini
17:53adalah isu dan sentimen yang melatari pilihan raya negeri Johor
17:57dan sudah tentu juga bergantung kepada calon-calon yang dikemukakan
18:02kerana pada saya setting yang
18:05setting yang berlaku pada pilihan raya negeri Johor
18:13kali ini jelas menunjukkan bahawa
18:16akan berlaku pertandingan berbilang penjuru
18:19yang sudah tentu akan memecahkan undi masing-masing
18:23maka pada saya keputusan kepala pilihan raya pada kali ini
18:28banyak ditentukan oleh parti mana yang mendapat undi solid
18:33daripada kelompok tertentu
18:34kerana jelas kalau ada berlaku pepecahan undi
18:38sama ada undi asas ataupun undi pengundi
18:42pengundi apa nama
18:44akar undi akan memberikan kemenangan
18:46ataupun berlaku transferable vote
18:49yang kepada parti yang berangkali pengundi itu
18:53mengundi atas dasar sentimen dan isu yang berlaku di negeri Johor
18:57kerana jelas keputusan pilihan raya itu
19:01pada saya masih lagi bergantung kepada
19:04sejauh mana turn out vote itu tinggi
19:08kerana kita boleh melihat apa yang berlaku di Johor
19:11dalam dua senario
19:12senario ketika pilihan raya negeri
19:15tahun 2022 itu dan juga pilihan raya umum
19:20yang berlaku dalam time frame yang sama
19:23tetapi memberikan keputusan yang sangat berbeza
19:26kepada kepada ini
19:29sebab kalau kita tengok
19:30BN menang selesa pada pilihan raya negeri
19:33tetapi refleksi kepada keputusan di peringkat negeri itu
19:37tidak membawa kepada
19:38keputusan yang diharapkan di peringkat persekutuan
19:42kerana jelas
19:43kalau kita melihat keputusan parlimen
19:45undi terbanyak dan juga kerusi yang dimiliki oleh
19:49barisan nasional itu
19:51tidak merefleksi kepada supermajoriti di peringkat dun
19:54kerana PH masih mampu untuk menguasai sejumlah kerusi yang
19:59diperlukan di peringkat persekutuan
20:01bagi memberikan mereka kerusi tertinggi di peringkat parlimen
20:06jadi ini antara refleksi yang perlu dilihat oleh parti
20:09dan saya fikir refleksi ini telah pun dibuat
20:13dan perkiraan itu telah diambil
20:15berdasarkan dua situasi ini
20:17yang membawa kepada keputusan itu
20:19dan jelas pada ketika ini
20:21senarionya juga berbeza ya
20:23kerana kalau kita lihat
20:24dua pilihan raya yang lalu
20:26pilihan lagi dan pilihan umum
20:27jelas menunjukkan bahawa
20:29pertandingan itu walaupun mungkin
20:30dilihat dalam bentuk tiga penjuru
20:33tetapi peringkatan nasional tidak memberikan
20:35saingan yang kuat
20:36seperti mana di negeri-negeri lain
20:38tetapi pada kali ini
20:39saya rasa saingan itu
20:40mungkin akan jadi lebih seimbang
20:43memandangkan mungkin peringkatan nasional
20:45ada kekuatan itu sendiri
20:47tetapi juga kita lihat
20:49apakah peringkatan nasional
20:50dengan masalah dalaman yang terkini
20:52berkali akan memecahkan undi Melayu
20:55dalam konteks peringkatan nasional dan bersatu
20:57dan juga kita lihat
20:59kita juga mahu melihat
21:01kemampuan third force ini ya
21:03daripada dalam konteks
21:04apa nama ini bersama
21:06yang mungkin dilihat oleh pengundi-pengundi
21:08progresif sebagai satu alternatif
21:10yang pada saya
21:13yang berangkali boleh menjadi platform
21:16untuk menjadi unjuk rasa
21:19ataupun memberi undi protes
21:21kepada parti-parti established ini
21:23dan kalau menang
21:2515 kerusi itu
21:26barangkali kita ambil 5 kerusi pun
21:28sudah cukup bagus untuk mengantar
21:30isyarat kepada parti-parti ini
21:32bahawa perubahan
21:33kita rasa pengundi itu
21:35terutamanya selepas pembesaran
21:36demografi pengundi
21:37kelompok muda itu
21:39harus diambil kira dan pertimbangan
21:41baik
21:42mungkin
21:43ringkas dalam masa satu minit
21:45Mojibu
21:46adakah kita bakal melihat
21:48satu jajaran politik baru
21:49selepas daripada PRN
21:51Johor pada kali ini
21:52dan bagaimana ia akan memberi kesan
21:54kepada kerajaan persekutuan
21:55di peringkat
21:55kerajaan perpaduan
21:56di peringkat persekutuan
21:57Mojibu
21:57sudah pasti
22:00pilihan raya Johor
22:02dan mungkin Negeri Sembilan itu
22:03akan membawa
22:04banyak bacaan
22:06apa yang bakal berlaku
22:07di peringkat persekutuan
22:08walaupun
22:09kenyataan-kenyataan umum
22:11di peringkat persekutuan ini
22:12melihat
22:14pilihan raya ini sebagai
22:16insiden yang
22:18tidak terkait
22:20namun sedikit sebanyak
22:21ia tentu akan
22:22mencorak
22:23pattern kepada
22:24apa yang berlaku
22:26di peringkat persekutuan
22:27yang berangkali mungkin
22:28yang memberi kita
22:30tanda tanya bahawa
22:31apakah
22:31keputusan dua ini
22:34mampu untuk
22:35mengukuhkan
22:36kerajaan perpaduan
22:38kalau keputusannya itu
22:39dilihat tidak memihak
22:41ataupun
22:41memihak kepada
22:43dua-dua parti yang berbeza
22:44dan dalam masa yang sama juga
22:46berangkali
22:47kalau keputusannya itu
22:48one-sided dia
22:49menyebelahi
22:50parti yang tertentu
22:52mungkin akan mempercepatkan
22:53pilihan raya umum ke-16
22:55jadi mungkin ini
22:56senario yang boleh dilihat
22:57daripada dua pilihan raya ini
22:59baik
23:00terima kasih kepada
23:01Mujib Abdul Muis
23:01fellow penyelidik Ilham Center
23:03kita memberi
23:04perkongsian
23:05ataupun kita memfokuskan
23:06kepada analisis
23:07calon barisan nasional
23:08untuk Johor memilih
23:10dan juga
23:10apa ciri pilihan pengundi
23:11dan seperti yang
23:12saya sebut dari tadi
23:13sebenarnya
23:14sedang berlangsung
23:14ketika ini
23:16pengumuman calon
23:17barisan nasional
23:17untuk
23:18pilihan raya negeri Johor
23:20dan pastinya
23:21laporan dari masa ke
23:22semasa akan terus
23:23dibawa oleh rakan
23:24setugas Fidoz Azil
23:25dan juga Fidoz Azil
23:26akan berkongsikan
23:26segala maklumat
23:27di Awani 745
23:29malam ini
23:29dengan itu
23:30saya Syaf Syukri
23:30Assalamualaikum
23:31Salam Hormat
23:32kita jumpa lagi
23:32Sampai jumpa lagi
Comments

Recommended