Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran telah bersetuju membenarkan pemeriksaan nuklear oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) tanpa had, namun Tehran menafikan sebarang persetujuan rasmi dan menolak beberapa tuntutan yang dikemukakan.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Iran telah menyetujui secara sepenuhnya pemeriksaan nuklear oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa atau IAEA.
00:11Trump berkata Iran telah memberikan keizinan jangka panjang kepada IAEA untuk melakukan pemeriksaan tanpa sekatan.
00:21Namun dawaan itu ditolak oleh pihak Iran yang menegaskan tiada sebarang keputusan rasmi dibuat.
00:27Beliau menolak dawaan bahawa tiada jadual lawatan pemeriksaan ditetapkan sebaliknya menegaskan persetujuan itu telah diperoleh secara dalaman.
00:36Trump turut berkata jika dawaan tersebut tidak benar, beliau akan membatalkan pertemuan berkaitan isu itu.
00:43Dalam hantaran di True Social, beliau memaklumkan persoalan berkaitan selak hormus telah diuruskan dengan kekal terbuka tanpa sekatan tentera laut
00:52tambahan.
00:52Beliau juga berkata dana Iran yang dibekukan akan disalurkan melalui akaun amanah di bawah kawalan AS dan hanya digunakan untuk
01:02pembelian makanan serta ubat-ubatan.
01:05Namun jurucakap Kementerian Luar Iran menafikan negara itu akan membenarkan pemeriksaan IAEA melawati tapak nuklear yang terkesan dalam konflik terkini.
01:15Iran turut menegaskan tiada hubungan rasmi dengan Ketua Pengarah IAEA serta menolak sekatan terhadap penggunaan dana yang telah dilepaskan.
Comments

Recommended