00:00Andy Burnham dari Parti Buruh yang juga Datuk Bandar Greater Manchester memenangi pilihan raya khas Parlimen bagi kerusi McAfee di
00:08Barat Laut England
00:09sekaligus mengukuhkan kedudukannya untuk mencabar Perdana Menteri United Kingdom UK, Keir Stammer.
00:15Burnham daripada parti yang sama dengan Stammer menewaskan calon reform UK, Rob Canyon, dalam pertandingan yang menyaksikan persaingan dengan parti
00:23anti-immigration itu.
00:26Kemenangan itu dilihat menguatkan spekulasi Burnham menjadi antara calon utama untuk mengambil alih kepimpinan Parti Buruh dan seterusnya jawatan Perdana
00:36Menteri.
00:36Dalam reaksinya, Burnham berkata beliau akan mengubah politik sekiranya diberi kepercayaan oleh pengundi sambil menegaskan komitmennya untuk memperjuangkan perubahan pada
00:47skala lebih besar.
00:48Sementara itu, kedudukan Stammer terus menerima tekanan selepas popularitinya dilaporkan merosot sejak kemenangan besar Parti Buruh dalam pilihan raya umum
00:58pada Julai 2024.
01:01Keadaan diburukkan dengan beberapa kesilapan politik termasuk keputusannya melantik Peter Mendelsohn, tokoh yang pernah terpalit skandal dan dikaitkan dengan pesalah
01:10seks Jeffrey Epstein sebagai duta UK ke Amerika Syarikat.
01:15Prestasi buruk dalam pilihan raya tempatan pada Mei lalu mencetuskan desakan daripada puluhan ahli parlimen Parti Buruh yang menuntut peletakan
01:23jawatan Stammer.
01:25Namun beliau setakat ini enggan berundur walaupun tekanan daripada dalam parti semakin meningkat.
01:31Pilihan raya McAfee diadakan selepas penyandangnya yang merupakan ahli parlimen Parti Buruh, Josh Siemens, meletakkan jawatan.
01:39Beliau bertindak sedemikian bagi membolehkan pilihan raya khas diadakan bagi membuka laluan kepada Bernham untuk kembali ke parlimen.
01:47Sistem Parlimen UK membenarkan parti pemerintah menukar pemimpin pada pertengahan penggal dengan pemenang mengambil ahli jawatan Perdana Menteri tanpa perlu
01:56pilihan raya umum.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments