Skip to playerSkip to main content
Parti Amanah Negara (Amanah) akan menampilkan 13 muka baharu daripada 19 calon dalam PRN Johor, dengan sebahagian besar terdiri daripada golongan muda dan anak tempatan. Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan keperluan semua komponen Pakatan Harapan untuk bersatu dan menyokong calon yang diumumkan bagi memastikan kemenangan di semua kerusi DUN. #PilihanRayaJohor #PilihanRayaNegeri #PilihanRayaNegeriJohor #PRN #PRNJohor #JohorMemilih
Transcript
00:00Presiden Parti Amanah Negara, Amanah Datuk Seri Mohd Sabu memaklumkan parti itu akan menampilkan 13 muka baru daripada 19 calon
00:10yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri PRN Johor.
00:14Menurutnya, hanya 6 atau 7 calon merupakan calon lama yang pernah bertanding pada PRN sebelum ini, manakala selebihnya terdiri daripada
00:22calon baru.
00:25Separuh daripada jumlah muka baru itu merupakan golongan muda selain 2 calon wanita turut disinaraikan.
00:32Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan bahawa Amanah menyasarkan 6 kerusi di bagian utara Johor serta 4 hingga 5 kerusi
00:39di kawasan pantai Timur Negara itu.
00:42Justru beliau mengesah semua parti dalam Pakatan Harapan PH supaya menerima calon yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim
00:51yang merupakan pengerusi gabungan itu pada 22 Jun.
00:55Tegasnya, semua parti komponen perlu bersatu dan memberikan sokongan penuh bagi memastikan kemenangan di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri
01:03yang dipertandingkan.
01:04Sementara itu, Mohd Sabu juga menekankan keperluan bergerak sebagai satu pasukan tanpa mengirepati komponen sama ada Amanah, PKR atau DAP
01:14dalam usaha memastikan kejayaan bersama.
01:17Awal bulan ini timbul laporan berhubung perselisihan faham melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa apabila Amanah menyatakan hasrat untuk
01:26mengambil semula kerusi tersebut yang sebelum ini diberikan kepada muda.
01:30Bagaimanapun, Naib Ketua PKR Johor Jimmy Puah memaklumkan bahawa kerusi berkenaan akan diwakili oleh PKR bagi pihak PH.
01:39Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended