Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Petronas menerusi Petronas Carigali terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan Turkmenistan dengan pemeteraian beberapa perjanjian baharu sempena tiga dekad kehadirannya di negara itu. Kerjasama ini membuka peluang eksplorasi baharu serta pembangunan sumber tenaga termasuk medan gas terbesar dunia, sekali gus memperkukuh hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa perjanjian baru dimeterai oleh anak syarikat milik Petroleum National Berhad, Petronas, Petronas Carigali Sendirian Berhad bersama kerajaan Turkmenistan dengan
00:10kerjasama secara bersama ini kini memasuki tempoh tiga dekad.
00:15Menurut kenyataan syarikat itu, pemetraian beberapa perjanjian tersebut juga adalah bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara tersebut.
00:27Ia juga bertepatan dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan selama dua hari sehingga 19 Jun
00:33lalu.
00:34Perkembangan berkenaan mencerminkan hubungan erat antara kedua-dua negara yang dibina berasaskan kepercayaan, aspirasi bersama serta penciptaan nilai mampan dalam
00:43sektor tenaga.
00:44Petronas dalam kenyataannya memaklumkan Petronas Carigali Turkmenistan telah memeterai perjanjian baru bersama state concern Turkmenabit dan state enterprise Hazanabit bagi
00:54memperluas portfolio huluan di negara berkenaan.
00:58Ujarnya ia akan melibatkan perjanjian perkongsian pengeluaran yang merangkumi blok luar pesisir 19 dan 20 selain perjanjian kerjasama untuk kajian
01:06seismik dua dimensi bagi blok luar pesisir utara.
01:09Melalui perjanjian tersebut Petronas Carigali Turkmenistan akan memperolehi 100% kepentingan penyertaan bagi blok 19 dan 20 sekaligus menandakan kemasukan
01:19Petronas ke kawasan eksplorasi baharu di negara berkenaan.
01:22Ia turut membolehkan pengumpulan data seismik baru bagi membantu penilaian lebih menyeluruh terhadap potensi blok luar pesisir utara.
01:30Selain itu turut dimetrai perjanjian rangka kerja kerjasama jangka panjang bagi pembangunan sumber hidrokarbon Turkmenistan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan
01:38Turkmenistan.
01:39Perjanjian itu membuka peluang kerjasama lebih luas termasuk potensi pembangunan medan galkinish yang merupakan antara medan gas terbesar di dunia
01:47selain peluang dalam sektor hiliran seperti penapisan minyak, pemprosesan gas dan bahan kimia berasaskan gas.
01:55Sepanjang tempoh tiga dekad, Petronas telah memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti tempatan
02:00dengan melatih 235 juruteknik serta menaja 188 pelajar Turkmenistan melanjutkan pengajian di Malaysia.
02:09Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended