00:00Pelaksanaan e-invoice berjaya memperkukuh pematuhan cukai dengan 52,540 pembayar cukai
00:07tampil melaporkan jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak RM4.07 bilion.
00:14Kenyataan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia LHDN memaklumkan sejak pelaksanaan e-invoice
00:19bermula 1 Ogos 2024, lebih 230,000 pembayar cukai telah memukakan e-invoice
00:25yang melibatkan pengeluaran RM1.505 bilion e-invoice secara keseluruhan.
00:32Perkembangan itu menunjukkan sokongan serta kesediaan pembayar cukai untuk memperkukuh pendigitalan dalam operasi perniagaan.
00:40Selaras dengan prinsip ketelusan dalam Sistem Percukaian Negara, LHDN memaklumkan
00:46semua pembayar cukai perlu mengeluarkan e-invoice bagi setiap transaksi jualan barangan
00:51atau penyediaan perkhidmatan yang melebihi RM10,000 bermula 1 Januari 2026.
00:57Bagi tujuan tersebut, pembeli perlu mengumumkakan maklumat nombor pengenalan diri
01:02atau nombor pengenalan cukai TIN kepada penjual
01:05bagi membolehkan e-invoice dapat dikeluarkan dengan tepat.
01:09Menurut LHDN, pihaknya telah membangunkan model analitik untuk mengenalpasti anomali,
01:15transaksi mencurigakan serta corak tingkah laku luar kebiasaan bagi tujuan penguatkuasaan.
01:21Inisiatif ini terbukti berkesan di mana LHDN berjaya melaksanakan penilaian risiko
01:26yang lebih efektif sekaligus meningkatkan tahap pematuhan cukai secara sukarela
01:31dan menyumbang kepada peningkatan kutipan hasil negara.
01:35Sementara itu, LHDN memaklumkan hasil pemantauan berterusan yang dijalankan mendapati
01:41masih terdapat pembayar cukai yang tidak mematuhi keperluan pelaksanaan e-invoice seperti ditetapkan.
01:48Antara kesilapan yang dilakukan oleh pembayar cukai yang dikenalpasti ialah
01:52pengeluaran e-invoice secara tidak konsisten termasuk situasi e-invoice hanya dikeluarkan
01:58bagi sebagian transaksi dan gagal mengeluarkan e-invoice bagi transaksi berikutnya.
02:04Kesilapan lain yang dilakukan ialah penghantaran e-invoice disatukan
02:09selepas tempoh masa yang dibenarkan dan kegagalan mengeluarkan e-invoice
02:13bagi transaksi jualan barangan atau penyediaan perkhidmatan
02:17yang melebihi RM10,000 mulai 1 Januari 2026.
02:22kemudiannya
02:22Dari kata penggantan
Comments