00:00Isu pelarian di Asia Tenggara tidak boleh terus diletakkan kepada negara transit semata-mata, sebaliknya memerlukan perkongsian tanggungjawab yang lebih
00:08adil dalam kalangan negara serantau dan komuniti antarabangsa.
00:12Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof. Dr. Salawati Mat Basir berkata, Malaysia ketika ini berdepan cabaran besar
00:22dalam mengurus kehadiran pelarian apabila usaha mewujudkan perkongsian tanggungjawab di peringkat ASEAN masih belum mencapai tahap yang diharapkan.
00:32Menurut beliau, Malaysia merupakan antara negara yang menampung jumlah pelarian terbesar di ASEAN diikuti Thailand dan Indonesia.
00:40Katanya walaupun konsep perkongsian tanggungjawab sering dibangkitkan dalam pelbagai forum berkaitan pelarian, sambutannya dalam kalangan negara ASEAN masih terhad.
00:50Malaysia sebenarnya penampung pelarian terbesar di ASEAN dan kemudian diikuti oleh Thailand dan juga Indonesia lah.
00:58Tapi sekarang ni kita cuba untuk bawa pendekatan bahawa dia mestilah ada perkongsian tanggungjawab sebab negara ASEAN selagi mana ASEAN
01:05tak bertegas terhadap nyamak.
01:07Jadi dalam hal ini, sistem ini pun susah nak buat di ASEAN tanpa prejudis sebab negara ASEAN yang lain merasakan
01:13bahawa itu bukan masalah mereka.
01:15Saya dapat lihat, kalau kita pergi ke mana-mana wacana antarabangsa yang melibatkan pelarian yang dirantau ASEAN ni,
01:22memang wakil Malaysia akan setiap cakap, it is a shared responsibility among the ASEAN country.
01:27Janganlah letak semua pada kami. Kami dah cukup baiklah tampung mereka.
01:30Tapi ini ASEAN punya tanggungjawab juga kan. Jadi tak apa kebanyakan negara memang akan berdalih lah.
01:37Beliau berkata demikian dalam program Awani Pagi sempena Hari Pelarian Sedunia yang disambut pada 20 Jun tahun ini.
01:46Beliau berkata keadaan itu menyebabkan beban pengurusan pelarian terus tertumpu kepada negara-negara yang menjadi lokasi transit utama.
01:53Menurut Salawati, cabaran tersebut turut menjadi semakin rumit apabila solidariti antarabangsa terhadap isu pelarian dilihat semakin berkurangan
02:02berikutan tekanan ekonomi dan kewangan yang dihadapi banyak negara.
02:07Dalam masa sama, Salawati mengakui isu berkenaan tidak mempunyai penyelesaian mudah
02:12memandangkan lebih 200,000 pelarian dan pencari suaka kini berada di Malaysia.
02:18Justru katanya, isu pelarian perlu dilihat sebagai cabaran bersama yang memerlukan komitmen lebih menyeluruh
02:26daripada negara-negara ASEAN dan komuniti antarabangsa, bukannya diletakkan kepada negara transit semata-mata.
Comments