00:00Seramai 20 penduduk termasuk 3 bayi dan seorang wanita mengandung terselamat selepas kejadian kepala air melanda kampung Ulu Geruntum, Kuala
00:09Razila Gopeng pada petang Jumaat.
00:11Penolong pengarah bagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, JPPM Perak, Sabaruzi Nur Ahmad berkata,
00:18pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.29 petang sebelum anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat BBP
00:26Gopeng digerakkan ke lokasi.
00:30Menurut beliau, kejadian kepala air menyebabkan jambatan yang digunakan penduduk kampung orang asli runtuh sekaligus mengakibatkan mereka terperangkap di kediaman
00:38masing-masing.
00:39Kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 4 kanak-kanak lelaki, 2 warga emas, 5 lelaki dewasa, 9 wanita dewasa termasuk
00:47seorang wanita mengandung serta 3 bayi.
00:50Bagaimanapun, semua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.
00:55Dalam perkembangan berkaitan, seramai 30 lagi penduduk yang keluar bekerja tidak dapat pulang ke rumah sesulan jambatan berkenaan runtuh.
01:03Mereka ditawarkan penempatan sementara di Gopeng Highlands Resort sehingga keadaan kembali selamat.
01:09Sabah Rotzi berkata cuaca ketika operasi masih hujan renyai-renyai manakala paras air sungai kekal tinggi dan berarus deras.
01:15Bila berkata hasil perbincangan antara pihak polis, pejabat daerah, Jabatan Kemajuan Orang Asli Jakoa, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia APM dan
01:25Ketua Kampung,
01:26keputusan dibuat untuk menempatkan penduduk yang tidak dapat pulang ke rumah di resort berhampiran serta menjalankan pemantauan berkala.
01:33Operasi yang melibatkan enam anggota BBP Gopeng bersama beberapa agensi berkaitan berjaya dikawal sebelum ditamatkan pada jam 8.55 malam.
Comments