00:0030 individu dilaporkan maut sejak awal Mei akibat penularan virus Ebola di Kemp Pelarian Timur Laut Republik Demokratik Kongo DRC.
00:10Menurut pihak pengurusan kamp tersebut, situasi ketika ini jelas menunjukkan bahawa virus Ebola dikesan menular dengan pantas di kawasan berkenaan.
00:21Ujarnya, punca yang sebenar kematian tidak dapat disahkan. Ini kerana pesakit dan keluarga mereka di Kemp King Gonsi di Bunia
00:28yang merupakan pusat penularan wabak Ebola di negara itu dilaporkan enggan menjalani ujian terhadap individu yang masih hidup maupun yang
00:36telah meninggal dunia.
00:37Kesemua mangsa dilaporkan mengalami simptom termasuk sakit kepala, demam dan muntah yang lazim dikaitkan dengan Ebola.
00:43Selain itu, Presiden Kemp Berkenaan memaklumkan bahawa 10 individu dikebumikan dalam tempoh seminggu sahaja.
00:50Kemp King Gonsi yang menempatkan lebih 15,000 penduduk itu menimbulkan kebimbangan bahawa Ebola mungkin menular tanpa dikesan dalam kalangan
00:58lebih 5 juta penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Timur Kongo
01:02dengan keengganan menjalani ujian memburukkan lagi keadaan selain kekurangan kemudahan sanitasi.
01:09Selain Ebola, Taun juga mempunyai simptom hampir serupa dan mudah menular dalam komuniti miskin meskipun ia tidak merebak secara langsung
01:18antara individu.
01:19Dalam masa sama peningkatan jumlah kematian turut mengaitkan penyakit berjangkit seperti Ebola,
01:24susulan pengurangan dana oleh penderma antarabangsa termasuk Amerika Syarikat yang menjejaskan pembiayaan bagi kemudahan air bersih, kebersihan dan sanitasi.
01:32Di Kem Ki Gonsi, keluarga besar dilaporkan berkongsi kemah plastik yang terletak kurang daripada 1 meter antara satu sama lain,
01:40manakala kanak-kanak dilihat berjalan tanpa alas kaki di laluan tanah.
01:44DRC mempunyai ratusan kem pelarian akibat konflik bersenjata dengan sebahagian daripadanya menempatkan sehingga 100,000 penduduk.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments