Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Pasukan Amerika Syarikat menceriakan penyokong mereka selepas menewaskan Australia 2-0 sekali gus mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati Piala Dunia. Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan mereka dalam Kumpulan D, dengan satu lagi perlawanan menentang Turki bakal menentukan status juara kumpulan.
Transcript
00:00Penyokong pasukan bola sepak Amerika Syarikat bersorak gembira selepas pasukan itu berjaya layak ke peringkat kalamati Piala Dunia dengan kemenangan
00:082-0 ke atas Australia.
00:11Amerika Syarikat secara rasmi layak ke peringkat tersebut selepas berjaya memenangi dua pelawanan dalam peringkat kumpulan sekaligus meletakkannya di tempat
00:20pertama dalam kumpulan D.
00:21Amerika Syarikat yang merupakan negara tuan rumah bersama dua negara lain mendahului pelawanan seawal minit ke-11 menerusi jaringan sendiri
00:31pemain Australia Cameron Berges.
00:34Pasukan itu kemudian menambah gol kedua sebelum tamat separuh masa pertama apabila Alex Freeman menjaringkan gol menerusi tandukan selepas keputusan
00:44off-site yang diberikan sebelum itu dibatalkan hasil semakan VAR.
00:49Susulan itu salah seorang penyokong Sidney Jones menyuarakan keyakinan bahawa Amerika Syarikat berpotensi untuk menjuarai keseluruhan kejualanan tersebut.
00:59Skuad kendalian Mauricio Pochettino itu akan menamatkan saingan peringkat kumpulan D dengan menentang Turki pada 25 Jun di Stadium Los
01:09Angeles dengan kedudukan teratas kumpulan masih menjadi rebutan.
01:19Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended