00:01Bau busuk, longgokan sampah dan persekitaran yang kotor antara keadaan yang dilihat di kawasan rumah kedai tiga tingkat sekitar Pasar
00:09Pudu yang dipercayai menjadi penempatan ratusan warga asing.
00:13Tinjauan sinar harian yang mengikuti Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia Jim Kuala Lumpur awal pagi Sabtu mendapati keadaan sekitar premis
00:22berkenaan berada dalam keadaan tidak terurus dengan sampah sarap bertaburan selain menimbulkan suasana meloyakan.
00:28Kawasan tersebut dipercayai menjadi tumpuan warga asing yang menyewa bilik di tingkat satu hingga tiga bangunan berkenaan dengan kadar sewa
00:35antara RM300 hingga RM400 sebulan.
00:39Bahagian bawah bangunan pula menempatkan beberapa perniagaan yang menjual barangan keperluan harian, sayur-sayuran dan makanan.
00:45Seorang individu tempatan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata kebanjiran warga asing di kawasan itu bukan lagi perkara baru kerana
00:53kebanyakan mereka bekerja di pasar dan sektor pekerjaan sekitar ibu negara.
00:57Menurutnya jumlah warga asing yang semakin ramai menyebabkan kawasan berkenaan menjadi sesak selain menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang ramai.
01:05Seorang lagi individu yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan mendakwa antara masalah utama di kawasan itu ialah tahap kebersihan yang
01:12kurang memuaskan.
01:13Katanya terdapat segelintir warga asing yang tidak menjaga kebersihan sehingga menyebabkan kawasan sekitar kelihatan kotor dan tidak terurus.
01:21Beliau turut memuji tindakan pihak berkuasa khususnya Jim yang mengambil langkah segera menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan berkenaan.
01:28Sementara itu Jim Kuala Lumpur menerusi kenyataan memaklumkan operasi yang bermula jam 12.05 tengah malam itu dilaksanakan hasil aduan
01:36awam serta rungutan penduduk mengenai kebanjiran warga asing di sekitar Pasar Pudu.
01:41Menurut kenyataan itu serbuan melibatkan 137 pegawai dan anggota daripada Jim Kuala Lumpur, Jim Putrajaya, Jim Selangor, Polis Diraja Malaysia
01:50PDRM, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dan Jabatan Pendaftaran Negara.
01:55Jelas kenyataan itu pemeriksaan dijalankan ke atas 320 individu.
Comments