00:00Tujuh individu termasuk seorang pemandu dan tiga pegawai media kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
00:06terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan di kilometer 144.2 Lebuh Raya Pantai Timur LPT dekat Maran awal pagi Jumaat.
00:15Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata,
00:19siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira satu pagi apabila sebuah lori foton dipercayai menukar laluan ke lorong kanan secara
00:27tiba-tiba.
00:30Insiden itu menyebabkan pemandu Toyota Fortuna dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian sisi kanan lori
00:38berkenaan.
00:39Wong dalam satu kenyataan berkata sebuah lagi lori haikom yang berada di belakang cuba mengelak kemalangan itu namun terbabas sebelum
00:47melanggar besi penghadang jalan.
00:49Tujuh mangsa yang menaiki ketiga-tiga kenderaan berkenaan cedera ringan dan dihantar ke hospital jengka untuk rawatan.
00:55Kes disiasat mengikut kaedah 6, kurungan 1, kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959.
01:04Sementara itu, Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook memaklumkan,
01:07kesemua mangsa yang terlibat sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri himpunan Hufas Negeri Pahang 2026 di Yayasan Pahang pada Khamis
01:16malam.
01:16Beliau menzahirkan rasa syukur kerana kesemua mereka selamat dan tidak mengalami kecederaan serius.
01:24Terima kasih telah menonton!