00:03Iran akan mengemukakan aduan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA berhubung sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pasukan itu
00:11sepanjang kempen Piala Dunia 2026.
00:15Di bawah syarat visa yang dikenakan, skuad Iran hanya dibenarkan memasuki Amerika Syarikat yang menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia
00:222026 bersama Canada dan Meksiko sehari sebelum perlawanan berlangsung.
00:27Pasukan itu juga dikehendaki meninggalkan Amerika pada hari sama selepas tamat perlawanan.
00:34Situasi itu mendorong Ketua Jurulatih Iran Amir Khulakonai menyifatkan pasukannya sebagai pasukan yang paling tertindas dalam kejohanan berkenaan selepas seri
00:4422 dengan New Zealand dalam aksi pembukaan kumpulan di Los Angeles.
00:48Dalam satu kenyataan, Persekutuan Bola Sepak Republik Islam Iran FFIRI menyatakan sekatan perjalanan yang dikenakan adalah tidak selaras dengan prinsip
00:58syarat sama rata kepada semua pasukan yang mengambil bahagian.
01:02Menurut Persekutuan itu, pihaknya akan menyatakan rasa tidak puas hati dan mengemukakan aduan kepada FIFA melalui saluran yang sewajarnya.
01:10Penyertaan Iran dalam Piala Dunia kali ini dibayangi ketidaktentuan, susulan konflik di Asia Barat serta kebimbangan berkaitan keselamatan yang timbul
01:19akibat peperangan di rantau itu.
01:22Beberapa anggota penting barisan sekongan pasukan Iran turut dilaporkan gagal memperoleh visa kemasukan ke Amerika.
01:28Skuad Iran dijadual menentang Belgium di Los Angeles pada 21 Jun sebelum berdepan Mesir di Seattle pada 27 Jun.
Comments