00:00Kementerian Pendidikan menafikan dawaan kejadian seorang pelajar perempuan tingkatan 4 yang terjatuh dari bangunan sekolah di Seremban mempunyai kaitan dengan
00:09kes buli.
00:10Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Mohd Azam Ahmad berkata, berdasarkan siasatan awal dan maklumat diperoleh daripada pihak keluarga, tiada sebarang aduan
00:19atau petunjuk yang menunjukkan wujud unsur buli melibatkan mangsa.
00:26Menurutnya, pelajar berusia 16 tahun itu dilaporkan hadir ke sekolah seperti biasa dan tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku yang
00:33mencurigakan sebelum kejadian berlaku.
00:36Malah katanya ketika kejadian, bapa mangsa turut berada di sekolah sempena hari pelaporan prestasi akademik pelajar bersama ibu bapa.
00:44Namun, mangsa difahamkan telah meminta izin ke tandas sebelum dilaporkan terjatuh dari tingkat 3 bangunan sekolah dan ditemui dalam keadaan
00:53tidak sedarkan diri.
00:54Setakat ini pun, masa saya berbual dengan ibu bapa pun tak ada berbangkit tentang isu buli dan sebagainya.
01:01Dan dikatakan arwah dalam keadaan baik saja pagi tadi untuk ke sekolah dan tidak menunjukkan apa-apa pun elemen-elemen
01:11yang luar biasa.
01:13Itu mengikut apa yang dimaklumkan oleh ibu dan ayah ataupun bapa arwah yang saya jumpa tadi.
01:20Tapi, walaubagaimanapun pihak JPN telah siarahkan dan juga Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah bersama-sama untuk meneliti kes ini
01:32supaya kita dapat kenal pasti apakah punca yang boleh membawa kepada kemalangan yang berlaku ini.
01:41Tapi, insyaAllah tak ada unsur-unsur yang setakat ini saya, walaupun dah bercakap dengan ibu bapa arwah dan tidak ada
01:50unsur-unsur yang disebutkan buli dan sebagainya.
01:52Beliau berkata demikian ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau selepas menziarahi keluarga mangsa.
01:59Turut hadir Menteri Pendidikan Fadina Siddiq dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
02:06Terima kasih telah menonton!
Comments