00:00Irak sedang bersiap sedia untuk mengeksport minyak mentah dan produk petrolium melalui pelabuhan di Syria selepas Perang Iran menjejaskan laluan
00:09penghantaran utamanya di Teluk Parsi.
00:11Langkah itu memperluaskan mekanisme sedia ada yang menyaksikan Irak mengeksport minyak bahan api melalui pelabuhan Banias di Syria, susulan penutupan
00:20Selat Hormuz yang menjejaskan laluan eksport negara itu.
00:27Menurut pegawai tenaga Irak dan Syria, rancangan untuk mempelbagaikan laluan eksport minyak akan diteruskan walaupun Perang Iran berakhir dan operasi
00:35perkapalan di Selat Hormuz kembali normal.
00:38Ia merupakan sebahagian daripada strategi diluluskan kerajaan Irak bagi mengurangkan kebergantungan kepada satu laluan eksport.
01:04Sebelum Perang Iran, Irak mengeksport kira-kira 3.6 juta tong minyak sehari dengan sebahagian besar dihantar melalui terminal di
01:13Basra.
01:14Gangguan di Selat Hormuz memaksa Irak mencari laluan alternatif apabila kemudahan simpanan minyak semakin penuh.
01:21Pihak berkuasa Syria memaklumkan kemudahan tambahan sedang disediakan di pelabuhan Banias bagi mengendalikan penghantaran minyak mentah dan produk petrolium dari
01:31Irak.
01:31Eksport melalui laluan itu dicangka bermula pada awal Julai dengan kapasiti awal sekitar 50,000 tong sehari.
01:39Pada masa sama, Irak dan Syria turut meneliti usaha menghidupkan semula saluran pipe minyak antara kedua-dua negara yang mampu
01:46menyalurkan sehingga 300,000 tong minyak sehari.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments