00:00Kecerdasan buatan AI tidak boleh menggantikan peranan wartawan dalam menyampaikan maklumat dan menghasilkan bahan berita.
00:08Menteri Komunikasi Fahmi Fadil menegaskan perkembangan teknologi AI perlu diteriti oleh semua pihak termasuk pengamal media
00:14bagi memastikan penggunaannya tidak menjedaskan masa depan industri kewartawanan.
00:21Menurutnya terdapat usaha daripada pihak tertentu yang pernah memohon dana inovasi media
00:26untuk membangunkan aplikasi AI yang mampu menghasilkan berita secara otomatik tanpa penglibatan wartawan.
00:34Bagaimanapun pihaknya menolak usaha tersebut dan menegaskan akan terus mempertahankan bidang pekerjaan itu
00:40yang berfungsi sebagai saksi mengumpul maklumat daripada sumber prima.
00:45Saya tak boleh sokong usaha macam ini.
00:48Untuk me, wartawan itu sangat-sangat penting.
00:51Tidak boleh diganti wartawan dengan AI.
00:54Sebab fungsi wartawan adalah menjadi saksi,
00:59mengumpul maklumat sumber prima
01:01dan berdasarkan disiplin pengalaman keupayaan
01:06mengolah menjadikan berita.
01:09Tanpa wartawan, bagi saya dan bagi pihak kementerian,
01:14tanpa wartawan tidak ada berita.
01:16Sementara itu, Fahmi semasa berucap mengumumkan sumbangan tahunan sebanyak RM10,000
01:21kepada setiap klub media negeri yang menjadi ahli gabungan klub media Malaysia, GKMM.
01:27Manakala GKMM sendiri akan menerima RM30,000
01:31bagi melaksanakan aktiviti dan program kebajikan serta pembangunan media.
01:35Menurut Fahmi, sumbangan itu sebagai pengiktirafan kerajaan
01:39terhadap peranan penting GKMM
01:41sebagai wadah yang membawa suara
01:43serta memperjuangkan kebajikan pengamal media di negara ini.
Comments