00:00Pejabat Meteorologi United Kingdom at Office mengeluarkan amaran jingga cuaca panas melampau selama 46 jam melibatkan selatan England serta sebahagian
00:10selatan Wales.
00:11Amaran itu berkuat kuasa bermula jam 1 pagi Isnin sehingga penghujung hari Selasa, susulan gelombang haba yang dijangka mendorong suhu
00:20lebih 30 darjah Celsius.
00:25Pihak berkuasa memberi amaran fenomena tersebut berpotensi memberi kesan meluas terhadap kesihatan orang awam serta infrastruktur utama.
00:34Antara gangguan yang dijangka termasuk kelewatan pengangkutan darat, perkhidmatan kereta api dan penerbangan selain kemungkinan gangguan bekalan elektrik setempat.
00:43Dalam perkembangan sama, Agensi Keselamatan Kesihatan UK, UKHSA turut mengaktifkan amaran kesihatan haba atau HHA, tahap jingga, bagi kawasan selatan
00:54dan timur England.
00:56Agensi itu memberi amaran suhu tinggi yang berterusan termasuk pada waktu malam boleh meningkatkan risiko kesihatan khususnya kepada golongan rentan
01:04seperti warga emas dan pesakit kronik.
01:06Orang ramai juga dinasihatkan berhati-hati ketika berkunjung ke kawasan air berikutan risiko kejutan air sejuk akibat perbezaan suhu antara
01:15udara dan air.
Comments