00:04Pakatan Harapan PH menyatakan komitmen menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895 serta Kuasa Sultan Johor dalam melantik Menteri
00:14Besar jika gabungan itu diberi mandat membentuk kerajaan selepas pilihan raya negeri PRN Johor.
00:19Pengurusi PKR Johor, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata PH tidak mahu menjadikan isu jawatan Menteri Besar sebagai fokus utama
00:27kempen kerana keutamaan gabungan itu adalah membentangkan dasar serta tawaran yang memberi manfaat kepada rakyat.
00:37Menerusi satu kenyataan, beliau berkata PH akan terus turun bertemu rakyat, mendengar masalah mereka dan menawarkan dasar serta penyelesaian yang
00:45mampu meningkatkan taraf hidup.
00:47Antara lain mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memacu ekonomi Johor ke hadapan.
00:53Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Johor Datuk On Hafiz Ghazi yang dilaporkan meminta PH menamakan calon Menteri Besar sekiranya gabungan
01:00itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas PRN itu.
01:05Dr. Zaliha berkata PH mempunyai ramai pemimpin yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memikul tanggungjawab mentadbir negeri sekiranya diberikan mandat oleh
01:15rakyat.
01:15Katanya rakyat lebih memerlukan penjelasan mengenai perancangan masa depan negeri bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Comments