00:00Baik, selanjutnya Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fadil mencadangkan Majlis Media Malaysia mengadakan pertemuan dengan platform-platform media sosial untuk menyelaraskan
00:08tindakan menangani penyebaran berita palsu, khususnya menjelang pilihan raya.
00:13Kata beliau, penyebaran maklumat tidak sahih, termasuk penyalahgunaan logo organisasi media tempatan untuk menghasilkan grafik palsu menjadi antara kebimbangan yang
00:22dibangkitkan dalam perbincangannya bersama Majlis Media Malaysia baru-baru ini.
00:29Fahmi menambah platform media sosial seharusnya memainkan peranan lebih proaktif mengambil tindakan terhadap penyebaran kandungan palsu.
00:37Isu kita seringkali sebaran berita palsu ini sepatutnya pihak platform media sosial sendiri yang segera untuk mengambil tindakan.
00:49Dan memang platform-platform tertentu seperti TikTok ada butang laporan untuk election misinformation ataupun maklumat palsu berkaitan pilihan raya.
01:02Tapi kita serahkan nanti ada perbincangan saya harap Majlis Media Malaysia boleh adakan mesyuarat pertemuan dengan platform-platform media sosial
01:13untuk menyelaraskan tindakan.
01:16Pada masa yang sama katanya berapa platform media sosial sudah pun menyediakan saluran khusus untuk melakukan kandungan yang mengandungi maklumat
01:24palsu berkaitan pilihan raya.
Comments