00:00Baik, Iran sedang menjalankan semakan akhir terhadap draft memorandum persefahaman MOU dengan Amerika Syarikat selepas kedua-dua pihak dilaporkan mencapai
00:08persefahaman mengenai kebanyakan perkara yang dirundingkan.
00:12Jurus cakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bahre berkata, pelbagai institusi berkaitan di negara itu kini sedang meneliti kandungan draft perjanjian
00:19sebelum keputusan muktamad dibuat.
00:24Menurut beliau, persetujuan daripada semua pihak berkepentingan dalam kerajaan Iran perlu dicapai terlebih dahulu sebelum Tehran menentukan pendirian rasmi berhubung
00:34perjanjian tersebut.
00:36Ismail turut mengulangi kenyataan Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, bahawa perjanjian yang diusahakan dengan bantuan pengantaraan Pakistan kini semakin hampir
00:45untuk dimuktamadkan.
00:48Bagaimanapun, Abbas menggesa media supaya tidak membuat spekulasi mengenai kandungan perjanjian itu selagi proses rundingan belum selesai.
00:57Beliau berkata, semua butiran berkaitan perjanjian berkenaan akan diumumkan kepada orang ramai pada masa yang sesuai.
01:04Sementara itu, Perdana Menteri Pakistan Syabas Sharif memaklumkan teks akhir perjanjian damai yang dipersetujui bersama oleh Iran dan Amerika Syarikat
01:14telah berjaya dicapai hasil usaha pengantaraan yang dijalankan secara intensif.
01:20Menurut beliau, Pakistan kini bekerjasama rapat dengan kedua-dua negara bagi menyelaras langkah seterusnya ke arah memuktamadkan perjanjian tersebut.
Comments