Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Trump mendakwa operasi ketenteraan AS membunuh ketua geng Tren de Aragua, namun tiada pengesahan rasmi. Dakwaan ini dijangka mencetuskan perdebatan mengenai keselamatan dan tindakan AS di Amerika Latin.
Transcript
00:00Dan Presiden Donald Trump mendakwa pasukan tentera negaranya telah membunuh mimpin kumpulan geng Venezuela, Trin de Aragua, dalam satu serangan
00:08ketenteraan yang dijalankan baru-baru ini.
00:10Trump berkata operasi itu dilaksanakan oleh Komando Selatan Amerika atas arahannya, menyasarkan Hector Rustenford Guerrero Flores, atau dikenali sebagai Nino
00:20Guerrero, yang disifatkan sebagai ketua organisasi jenayah berbahaya.
00:27Dalam satu kenyataan di platform TrueSocial, beliau menyifatkan kumpulan tersebut sebagai antara organisasi paling ganas di dunia dan mendakwa operasi
00:36itu berjaya menghapuskan ancaman besar kepada keselamatan.
00:40Menurut laporan, operasi tersebut turut didakwa dilakukan dengan kerjasama pihak di Venezuela, namun tiada pengesahan terperinci diberikan mengenai masa dan
00:49lokasi serangat.
00:50Kumpulan tren di Aragua sebelum ini telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas asing dan dikaitkan dengan pelbagai aktiviti
01:01jenayah termasuk penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram.
01:06Pentadbiran Trump juga sebelum ini menuduh kumpulan itu mempunyai kaitan dengan rangkaian jenayah yang beroperasi di Amerika Syarikat selain menggunakan
01:15dawaan tersebut bagi memperketat dasar imigresin dan tindakan pengusiran pendatang tanpa izin.
01:21Setakat ini, pihak berkuasa Venezuela serta beberapa agensi keselamatan Amerika Syarikat belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi berhubung dawaan serangan tersebut.
01:32Perkembangan ini dijangka terus mencetuskan perdebatan antarabangsa mengenai operasi ketenteraan Amerika Syarikat serta isu keselamatan serantau di Amerika Latin.
Comments

Recommended