00:00Baik, seterusnya, Perancis menegaskan bahawa situasi di Gaza kini semakin meruncing dan menyifatkannya sebagai tragis yang sekaligus menuntut pelaksanaan penyelesaian
00:10dua negara disegerakan.
00:12Bercakap pada Forum Paris Call for the Two-State Solution, Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Baroc menegaskan, walaupun terdapat gencata
00:19dan senjata yang dimeterai bersama Israel, keadaan di wilayah perang itu kekal terjejas sehingga hari ini.
00:27Menurutnya, krisis kemanusiaan yang melanda Gaza semakin membimbangkan, selain situasi di Tebing Barat dan Baik Tulmak di Timur yang terus
00:36tegang.
00:37Katanya keganasan oleh kumpulan radikal, perampasan wilayah, pemindahan paksa penduduk serta pelanggaran status quo di tapak-tapak suci semakin menghakis
00:47harapan ke arah keamanan.
00:49Jelas Barat, konflik melibatkan Iran turut memburukkan lagi keadaan dirantau tersebut dengan rakyat Lubnan dan Iran terperangkap dalam peperangan yang
00:59tidak mereka pilih.
01:00Sehubungan itu, beliau menegaskan, masih ada harapan untuk mencapai keamanan melalui usaha berterusan dan tindakan kolektif.
01:08Tahun 2026 berpotensi menjadi detik penting dengan Israel dijangka mengadakan pilihan raya legislatif, manakala Palestine pula dijangka mengadakan pilihan raya
01:19legislatif dan presiden.
01:21Sementara itu, beliau menegaskan, pilihan raya di Palestine bukan penghujung, sebaliknya merupakan titik permulaan penting bagi memperkukuh tanggungjawab pihak berkuasa
01:31Palestine.
01:31Beliau turut menyatakan bahawa Perancis kekal komited untuk memperjuangkan visi dua negara di mana Palestine dan Israel hidup secara aman
01:40dan saling menghormati hak masing-masing.
Comments