00:00Rukun negara kekal relevan sebagai panduan utama dalam membantu Malaysia mengurus keperbagaian serta mendepani cabaran yang semakin meningkat akibat polarisasi,
00:09ekstremisma dan penyebaran maklumat palsu.
00:12Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Agudagang ketika berucap pada sidang kemucat antarbangsa pemimpin agama ketiga,
00:17turut menegaskan, falsafah kebangsaan itu terus berperanan sebagai kerangka hidup dalam memperkukuh perpaduan sosial dan daya tahan masyarakat Malaysia yang
00:25berbilang agama serta budaya.
00:28Aaron berkata komitmen Malaysia terhadap Perpaduan berteraskan rukun negara yang diisytiharkan pada tahun 1970 lahir selepas negara melalui satu tempoh
00:39yang mencabar dalam sejarahnya.
00:41Beliau berkata, rukun negara dibina berasaskan lima prinsip utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran, pelembagaan,
00:51kedaulatan, undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan.
00:55Katanya falsafah itu membantu Malaysia mengelakkan kesan buruk perpecahan meskipun berdepan pelbagai cabaran termasuk perubahan politik, jurang ekonomi dan peningkatan
01:06sikap tidak bertoleransi di peringkat global.
01:08Aaron berkata, pelbagai kajian dan tinjauan secara konsisten menunjukkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang masih melihat keperbagaian sebagai sumber
01:19kekuatan serta mempercayai penganut agama lain sebagai jiran, rakan sekerja dan sahabat.
01:25Beliau berkata, prinsip pertama kepercayaan kepada Tuhan amat penting kerana menegaskan bahawa keimanan dalam pelbagai bentuk menjadi faktor penyatuan yang
01:35menyediakan panduan moral, memumpuk sifat rendah diri dan menghormati martabat kehidupan.
01:41Aaron berkata, Malaysia kekal komited untuk berkongsi pengalaman dalam mengurus keperbagaian dan memumpuk kehidupan bersama secara aman dengan masyarakat antarabangsa.
01:51Katanya Malaysia menjadi contoh bahawa keperbagaian bukan suatu kelemahan sebaliknya kekuatan yang boleh diselaraskan menerusi sikap saling menghormati, kesederhanaan dan
02:03tabir urus yang inklusif.
Comments