Skip to playerSkip to main content
UMNO Melaka terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak bagi memperkukuh perpaduan masyarakat serta memperluaskan kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dating, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, UMNO Melaka sentiasa membuka ruang seluas-luasnya kepada mana-mana pihak yang mampu memberi manfaat politik terbaik kepada parti tanpa menjejaskan kestabilan kerajaan negeri sedia ada.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783502/berita/politik/formula-umno-melaka-bergantung-kepada-mas-kahwin---ab-rauf

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #politik #UMNO #UMNOMelaka #AbRaufYusoh

Category

🗞
News
Transcript
00:00UMNO Melaka sebuah pertubuhan di bawah naungan UMNO Malaysia.
00:05Kita akan membuka ruang seperti mana dalam ruangan yang telah dibuka seluruh luasnya dalam rumah bangsa untuk penyatuan bangsa.
00:14Jadi UMNO Melaka juga bersedia untuk menerima pandangan, cadangan.
00:19Apa juga bagi memastikan bahawa perpaduan masyarakat menerui rumah bangsa ini boleh diteruskan secara rasmi ataupun tidak secara rasmi.
00:29Maksudnya kita mengaluh-aluhkan mereka-mereka yang telah tidak bersama dengan UMNO dan untuk kembali semula daripada UMNO
00:36dan melihat masa depan yang untuk dijadikan satu tambatan masa depan yang lebih gemilang untuk bangsa bangsa.
00:42Tidak menjejaskan apa satu formasi yang telah berlaku sekarang dalam Negeri Melaka.
00:48Maksudnya apa yang dibuat oleh UMNO Melaka nanti tidak ada satu kesan yang menunjukkan perasangka yang mendalam
00:54terhadap mana-mana parti ataupun mana-mana kaum seolah-olah UMNO ini melakukan sebuah penderhakaan yang tersembunyi.
01:04Kita terbuka, sedia untuk membuka ruang yang seluruh luasnya kepada siapa sahaja.
01:10Bukan sedia pada PAS, pada rakan kongsi yang mana-mana yang boleh memberikan pulangan politik yang terbaik kepada UMNO Melaka.
01:17Bergantung pada masa dan keadaan, bergantung kepada mas kahwin masa nak meminah anak saya ini.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended