00:00Dan seterusnya, saham syarikat SpaceX yang milik Elon Musk ditutup hampir 20% lebih tinggi pada hari pertama dagangan pada
00:07Jumaat
00:07selepas merekodkan tawaran awam permulaan atau IPO terbesar dalam sejarah.
00:13Ia sekaligus menjadikan usahawan kontroversi itu triliun air pertama di dunia.
00:20IPO yang mencatatkan kejayaan luar biasa itu berjaya mengumpulkan lebih 75 bilion dolar Amerika dan dijangka menjadi pemangkin kepada beberapa
00:30IPO besar syarikat kecerdasan buatan AI dalam beberapa bulan akan datang.
00:36Kemunculan sulung di bursa Nasdaq di New York itu menamatkan beberapa minggu kegilaan pelabur terhadap syarikat roket itu yang kini
00:44berkembang menjadi konglomerat AI dan satelit.
00:48Saham SpaceX melonjak setinggi $176 atau 31% melebihi harga tawaran $135 dalam sesi dagangan pertamanya sebelum ditutup pada $161
01:01.50.
01:03Kira-kira 100 orang berkumpul di luar ibu pejabat Nasdaq di New York manakala SpaceX turut meraihkan detik bersejarah itu
01:12dengan memasang papan tanda neon di Times Square.
01:15Dalam pemfailan kepada pengawal selia pasaran Amerika Syarikat pada Khamis, syarikat itu menetapkan harga lebih 555 juta saham pada $135
01:27sesaham sekaligus menilai SpaceX pada hampir $1.8 triliun.
01:33Kenaikan pada Jumaat meningkat nilai pasaran SpaceX kepada lebih $2 triliun meletakkannya dalam kalangan 10 syarikat Amerika paling bernilai mengatasi
01:44Tesla, Meta dan Walmart.
01:46Opsiun bagi hampir 83 juta saham tambahan boleh meningkatkan jumlah dana yang dikumpulkan kepada lebih $86 bilion.
01:57Diasaskan bersama oleh Musk, pada 2002, SpaceX ialah syarikat pemula roket yang kemudiannya berkembang menjadi pengendali satelit utama dan turut
02:07menggabungkan syarikat AI Musk, XAI yang merangkumi platform media sosial iaitu X.
02:12Terima kasih kerana menonton!
Comments