Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kerajaan menegaskan bahawa sehingga kini tiada tanah Orang Asli yang telah diwartakan dirampas seperti didakwa sesetengah pihak, sambil memberi jaminan setiap isu yang dibangkitkan berhubung hak dan kebajikan komuniti itu akan diteliti secara menyeluruh.
Transcript
00:00Jabatan Kemajuan Orang Asli Jakoha menjelaskan sehingga ini tiada tanah orang asli yang diwartakan, dirampas seperti didakwa sesetengah pihak.
00:08Jakoha bagaimanapun memberi jaminan setiap isu yang dibangkitkan berhubung hak dan kebajikan komuniti itu akan ditelitik secara menyeluruh.
00:19Menurutnya, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah juga menerima memorandum daripada Pertubuhan Pelindungan Kazanah Alam Malaysia Peker Greenpeace Malaysia
00:28serta Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO Orang Asli Malaysia berhubung isu berkaitan Akta Orang Asli 1954 Akta 134.
00:38Memorandum tersebut diserahkan Wakil Tetuan Raj Nsak kepada Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri.
00:44Kata Jakoha, Kementerian akan meneliti memorandum berkenaan secara terperinci sebelum sebarang tindakan sewajarnya diambil.
00:54Ia adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan suara, kepentingan dan kebajikan masyarakat orang asli terus terperlihara.
01:03Media sebelum ini melaporkan jawatan kuasa badan bertindak tanah adat POSIMPO Gua Musang Kelantan
01:09mendakwa mereka bukan hanya kehilangan tanah adat yang diwarisi sejak nenek moyang, malah hak mereka sebagai penduduk asal semakin dipinggirkan
01:19oleh kerajaan.
01:20Selain tanah adat, orang asli juga kehilangan sungai dan hutan akibat pencerobohan dan pembalakan.
01:27Beliau berkata isu pencerobohan dan pembalakan serta pemilikan tanah adat, pemaju dan kerajaan negeri menyebabkan komuniti itu mulai kecewa dengan
01:37kerajaan.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended