Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Tentera Laut Colombia merampas lebih lima tan kokain dalam dua operasi di perairan Caribbean, melibatkan penahanan beberapa suspek dan bot penyeludupan. Dadah berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Amerika Tengah.
Transcript
00:00Pihak tentera Laut Columbia merampas lebih daripada 5 tan kokain menerusi dua operasi berasingan yang dijalankan di perairan Caribbean.
00:08Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak ketenteraan itu menyebut, dadah tersebut dibawa menggunakan bot laju dan dipercayai dalam perjalanan menuju ke
00:15Amerika Tengah.
00:17Operasi pertama dijalankan di kawasan utara Caribbean melibatkan dua lelaki warga Columbia yang dikesan membawa 1.3 tan kokain dalam
00:2550 bungkusan.
00:26Susulan itu, kedua-dua suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke pulau San Andres untuk tindakan lanjut.
00:32Manakala dalam operasi kedua di kawasan barat Caribbean pula, menyaksikan penahanan lima individu terdiri daripada empat warga Columbia dan seorang
00:40lelaki warga Honduras.
00:42Semua mereka dipercayai membawa 161 bungkusan kokain dengan anggaran berat melebihi 4 tan.
00:48Menurut pihak ketenteraan Columbia, bot yang digunakan dalam operasi tersebut dilaporkan tenggelam di lokasi kejadian manakala semua suspek dan rampasan
00:57dadah dibawa ke Cartagena.
01:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended