Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kementerian Kesihatan (KKM) merampas 130,678 unit produk farmaseutikal tidak berdaftar, tiruan dan dipalsukan yang dianggarkan bernilai RM3.15 juta di seluruh negara menerusi Operasi Pangea XVIII yang dijalankan dari 10 hingga 23 Mac lalu.
Transcript
00:00Orang ramai diingatkan tidak mengambil mudah pembelian ubat secara dalam talian kerana tindakan mendapatkan produk berkenaan melalui platform e-dagang,
00:08media sosial atau sumber yang tidak sah boleh mengundang risiko kesihatan serius sehingga mengancam nyawa.
00:13Dalam operasi Panjia 18 yang dijalankan dari 10 hingga 23 Mac lalu, kemudian kesihatan merampas 130,678 unit produk pharmaceutical
00:25tidak berdaftar, tiruan dan dipasukan yang dianggarkan bernilai RM315 juta di seluruh negara.
00:33KKM dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 2,294 pautan penjualan produk pharmaceutical tidak sah membabitkan platform e-dagang, laman sesawang,
00:44dark web dan media sosial berjaya disekat aksesnya serta diturunkan kandungannya.
00:50Selain itu, melalui kerjasama dengan Jabatan Kastam, sebanyak 497 bungkusan pos diperiksa dan daripada jumlah itu 49 bungkusan bernilai RM766
01:02,721 dirampas selepas didapati mengandungi produk pharmaceutical tidak sah.
01:09KKM turut memaklumkan pemeriksaan ke atas bagasi penumpang membawa kepada rampasan 3,210 unit produk pharmaceutical bernilai RM11,843.
01:22Menurut KKM, produk yang paling banyak dirampas di HAPPOS membabitkan suplemen kesihatan, produk tradisional, ubat tiruan dan ubat terkawal tidak
01:32berdaftar yang kebanyakannya dibawa masuk dari India, Vietnam, China, Bangladesh dan Indonesia.
01:39Rampasan ini juga menunjukkan peningkatan trend pembelian suplemen kesihatan dan produk yang tidak diketahui kesahihannya dari luar negara.
01:48Dalam operasi serbuan bersepadu yang menyasarkan penjual serta premis perniagaan yang terbabit dalam penjualan produk pharmaceutical tidak sah secara dalam
01:57talian, sebanyak 65 premis diserbu dengan 93,861 unit produk dirampas.
02:05Produk yang dirampas termasuk produk anti-parasite, antibiotik, anti-radang dan produk herba dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.39 juta.
02:18Operasi yang diselaraskan bahagian penguatkuasaan farmasi KKM itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi lain termasuk Interpol Malaysia, Jabatan Kastam Diraja
02:28Malaysia, Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, serta Cyber Security Malaysia.
02:34Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended