Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kerajaan akan meneliti semula keperluan pengambilan pekerja asing bagi beberapa sektor termasuk restoran dan pembinaan susulan permohonan yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, pada Jumaat.
Transcript
00:00Kerajaan akan meneliti semula keperluan tenaga kerja asing bagi beberapa sektor termasuk restoran dan pembinaan sesulan permohonan yang dibangkitkan dalam
00:09mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
00:12Jurucakap Kerajaan Dato' Fahmi Fadil berkata Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim mengarahkan beberapa kementerian berkaitan supaya mengemukakan maklumat lengkap
00:20dan tepa inci berhubung keperluan sebenar tenaga kerja asing dalam sektor berkenaan.
00:27Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini turut membincangkan mengenai permohonan dari beberapa sektor untuk tenaga kerja dalam kalangan pekerja asing,
00:39sektor-sektor seperti restoran dan pembinaan dan memandangkan pada waktu ini terdapat dasar negara berkenaan dengan had jumlah pekerja asing,
00:51maka yang memat Perdana Menteri telah mengarahkan agar kementerian-kementerian termasuk KPDN, KPK dan Kementerian Kerja Raya
01:00mendapatkan maklumat daripada industri dan sektor-sektor di bawah jagaan mereka untuk memberikan secara penuh dan lebih terperinci
01:11keperluan tenaga kerja termasuk dari kalangan pekerja asing untuk diteliti secara lanjut di mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang.
Comments

Recommended