Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Trump menafikan draf MoU Iran-AS yang didedahkan media Iran, menyifatkannya sebagai palsu dan tidak mencerminkan rundingan sebenar.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menafikan laporan media Iran berhubung terma berkenaan rundingan yang akan dimeterai antara Tehran dan Washington.
00:08Tegasnya terma yang didakwa dibocorkan itu adalah tidak benar dan tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang telah dipersetujui oleh kedua
00:16-dua pihak.
00:18Menerusi hantaran di akaun Truth Social miliknya pada Jumaat, Trump mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Iran mengenai kewujudan perjanjian antara kedua
00:26-dua negara adalah tidak benar dan tidak mencerminkan kandungan sebenar yang telah dipersetujui secara bertulis.
00:34Beliau turut menyelar Iran sebagai pihak yang sukar dipercayai dalam rundingan serta mendakwa Tehran tidak menunjukkan komitmen untuk berunding secara
00:42jujur dan beritikat baik.
00:43Pada masa sama, beliau mendakwa serangan drone yang dikaitkan dengan Iran terhadap kapal-kapal India yang sedang meninggalkan selat hormus
00:51pada malam sebelumnya berjaya dipatahkan dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak boleh diterima sama sekali.
00:57Trump turut menggesa Iran agar segera memperbetulkan keadaan dan mengambil serius proses rundingan namun tidak memperincikan sebarang tindakan lanjut yang
01:06bakal diambil oleh Washington.
01:07Laporan itu muncul sepas media Iran menedahkan draf perjanjian 14 perkara yang didakwa sedang dirundingkan antara Tehran dan Washington namun
01:16kandungannya kemudian dipertikaikan oleh Trump.
Comments

Recommended