00:00Bertemu kembali, media Iran mendedahkan kandungan draft perjanjian 14 perkara antara Teheran dan Washington yang dipercayai menjadi asas kepada rundingan
00:08menamatkan konflik serta pertikaian nuklear antara kedua-dua negara.
00:12Menurut Anadolu Agency yang memetik agensi berita Mer, dokumen itu masih belum dimutamatkan dan sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa Iran.
00:22Antara cadangan utama ialah genjatan senjata kekal di semua medan konflik termasuk di Lubnan sebelum rundingan selama 60 hari dimulakan.
00:31Draf itu turut mencadangkan selat hormus dibuka semula dalam tempoh 30 hari dengan penyelarasan dikendalikan oleh pihak Iran.
00:39Teheran juga mahu sekatan ke atas sektor minyak dan petrokimia digantung selain menuntut pembebasan aset Iran bernilai 24 bilion dolar
00:47Amerika yang dibegukan di luar negara.
00:50Dalam aspek keselamatan, Iran menuntut jaminan Amerika Syarikat tidak campur tangan dalam urusan domestiknya dan tidak mengenakan sekatan baru sepanjang
01:00rundingan berlangsung.
01:02Teheran juga menegaskan komitmennya untuk tidak membangunkan senjata nuklear, sebaliknya mahu rundingan hanya tertumpu kepada program nuklear,
01:11pelonggaran sekatan dan pemulihan ekonomi tanpa menyentuh program peluru berpandu atau kumpulan mukawamah atau blok penentang melibatkan Ansarullah dan pasukan
01:22bersenjata Palestine.
01:23Draf itu turut mencadangkan pelan pembinaan semula Iran bernilai sekurang-kurangnya 300 bilion dolar Amerika yang perlu disokong Washington dan
01:33sekutunya.
01:33Terima kasih kerana menonton!
01:34Terima kasih kerana menonton!
01:35Terima kasih kerana menonton!
Comments